IKLAN

30 Disember 2010

Memang betullah kata Mat Gebu dan Kak Yati...

Semalam ngam2 sampai rumah hujan selebat2nya...jadi tak dapat nak singgah mana sbb asalnya nak singgah kat kedai beli barang sket tp dah ujan hasrat tu dah maleh la...so, pegi kat dapur dan berkira-kira nak wat minum petanglah..pastu teringat tengahhari tu ada singgah kat blog Mat Gebu, terbacakan resepi Cucur Nasi Ikan Bilis yg simple tuh..pastu singgah pulak kat blog Kak Yati pun ada resepi nih, terima kasih gak wat kak yatie sbb berkongsi resepi yg mudah ni.....terus jer bukak periuk nasi, nasi ada lagi pastu terus buat macam yg Mat tu tulis...hehe...terima kasihlah pada Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi yg simple, murah dan sudah pasti sedapppppp..oh ya ! tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya bawak balik Piala Suzuki yg dah 14 tahun kita kempunan tu, nak kisah lanjut baca kat sini.


Cucur Nasi Ikan Bilis

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris - watie tak letak
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan - watie tambah kiub ikan bilis
  • 1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Mudahkan..apalagi, pegi perabihkan balance nasi kat dapur tu...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 meluahkan rasa:

sw33tdarling berkata...

wahhh boleh cuba ni... tukarkan tepung tu ngan nasi laa ya....?
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

Arizakiah berkata...

i nak cuba.....my hubby suka sangat makan cucur.

IKLAN