IKLAN

30 Januari 2011

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego?


 

wanita+vs+lelaki.jpg
 

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI
Sumber: askmen.com

p/s : nak masak apa ya hari ni ? 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

29 Januari 2011

Renungan Buat Suami Yang Merasakan Isterinya Kuat Berleter


Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 
 
Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.
 

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka
 
Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.
 

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah
 
Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.
 

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan
 
Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.
 

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak
 
Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.
 

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan
 
Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet. 
 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.
 

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.
 

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.
 
WallahuAlam.
p/s : harga menjadi seorang isteri adalah priceless dan tak mungkin dapat dibayar oleh suami.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ternyata Hidup Ini Mudah

 

1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah,hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.

3.Seorang budak berkata kepada ibunya:'Ibu hari ini kelihatan sangat cantik'.
 
Ibunya bertanya:'Mengapa?'.Budak tersebut menjawab:'kerana hari ini ibu tidak marah-marah'.

*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah,hanya perlu tidak marah-marah.

4.Seorang Jurulatih bola berkata kepada muridnya:'Jika sebuah bola terjatuh kedalam semak,bagaimana cara mencarinya?'.
 
Ada yang menjawab:'cari mulai dari bagian tengah'.
Ada yang menjawab:'cari didalam bagian semak'.
Ada yang menjawab:'cari di bagian semak yang tinggi'.
 
Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat:'setapak demi setapak,cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana'.

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah,hanya melakukan segala sesuatu setahap demi setahap secara berurutan,jangan melangkau.

5.Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang.kawannya berkata:'tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras.tanamanmu tetap akan tumbuh subur'.Petani menjawab:'aku bukan sedang menyuburkan tanamanku,tapi aku sedang membina anakku.

*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah,hanya membiarkan dia rajin bekerja.

6.katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:'Tempat tinggal mu terlalu berbahaya,tinggallah denganku'.katak di tepi jalan menjawab:'aku sudah biasa,malas untuk berpindah'.beberapa hari kemudian katak 'sawah' menjenguk katak 'tepi jalan',dan menemukan katak 'tepi jalan' tersebut mati dilindas kereta yang lalu.

*Ternyata cukup mudah mengengam nasib kita sendiri,hanya dengan menghindari rasa malas saja.

7.Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir,semua berjalan dengan berat sangat menderita.Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira.mereka bertanya:'mengapa engkau gembira?'.Dia menjawab sambil tertawa:'kerana barang yang kubawa hanya sedikit'.

--->> Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah,hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind <<---


p/s : apa yg sy entrikan mungkin ada yg pernah baca dan mungkin ada juga yg belum baca, jadi sy suka utk berkongsi apa yg sy baca dan menarik buat renungan kita semua...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sarapan pagi yg hebat --->> Nasi Goreng, Nugget, Serimuka...

Dah lama sy tak buat nasi goreng, selalunya kalau hati cuti2 begini ( sabtu & ahad yer... ) mereka cuma makan nasi lemak @ kuih yg dibeli...hehe

Tapi untuk hari ini sy terasa macam nak buat nasi goreng utk mereka sbb nasi putih masih banyak didalam rice cooker...sape nak makan nasi yg dah sejuk tu walaupun dipanaskan tetap mereka tak makan...

Jadinya, sy terus cari pes cili yang sy dah buat utk bihun goreng taucu, pes cili tu bukan setakat utk goreng bihun jer tau nasi pun boleh... ( ini mat gebu yg ckp ok... )

Selalunya sy mmg buat lebih pes cili tu, kemudian simpan dalam peti ais. 

RESEPI NASI GORENG 

Bahan-bahan :
  • 5 cawan nasi putih
  • 1 senduk pes cili ( resepi rujuk sini )
  • 3 sb sambal belacan ( kalau takder sambal, ketuk cili api pun boleh )
  • 2 batang sayur sawi ( ikut suka )
  • 5 batang crabstick - dipotong serong
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sb serbuk lada hitam ( sy guna perencah nasi goreng lada hitam )
  • 3 sb kicap manis - jika suka
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Garam @ serbuk perasa 
  • Bawang Goreng - sebagai hiasan
 Cara Membuat :
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan pes cili, bila dah garing masukkan sayur dan isi ketam. 
  2. Bila sayur dah lembut baru pecahkan telur, biarkan sekejap sehingga telur mengeras baru masukkan serbuk lada hitam, kicap dan garam.
  3. Goreng nasi sehingga rata kemudian tutup api
  4. Hiaskan dengan bawang goreng.
p/s : lepas goreng nasi baru goreng nugget pulak....resepi utk kuih serimuka tu lain entri ya....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

New Stuff from Cameron Highlands !!!


Haaa...sekarang ni kalau berkunjung ke Cameron Highlands, bukan setakat boleh beli sayur dan buah jer tau tp benda ni --->> Magnet, kalau dulu magnet tu cuma bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran yg menjadi ikon Cameron Highlands..tapi kini magnet tu telah dipelbagaikan bagi menarik perhatian para pengunjung.

Magnet tu saya beli di Pasar Malam Brinchang, 1 pc berharga RM2, jadi sy cuma beli 5 pcs sahaja. Macam-macam bentuk ada dari bentuk semut, kura2, rama2, lebah, ketam.....

 
Mulanya saya tak perasan tp si kakak yg beria-ia suruh beli magnet tu...sekarang dgn magnet pun diorang boleh buat duit asalkan rajin dan kreatif, betul tak ? 

p/s : magnet tu saya lekatkan di tingkap dapur sbb magnet tu tak berapa kuat laa, kang kalau letak kat peti ais mau berterabur lak benda tu....hehehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kata Kata Motivasi Dari Tokoh Tokoh Terkenal

 

 Swarmi Sivanada
'Jika Anda selalu berpikir tentang Kegagalan, maka Anda akan mendapatkannya. Milikilah Pikiran positif dan kuasailah Pikiran Anda dengan Rasa Percaya Diri dan Keyakinan. Inilah cara untuk mempertegas tindakan, Cara untuk memperkaya prestasi dan Cara menghidupkan pengalaman'.
 
John Wolfgang Von Goethe
'Orang Harus berjuang untuk mendapatkan apa yang diinginkan tetapi tidak ditemukan pejuang tanpa kesalahan dan kegagalan'.
 
Anthony Robbins
'Kejayan merupakan hasil dari keputusan matang, dan kematangan itu biasanya dihasilkan dari pengalaman yang terkadang penuh kegagalan'.
 
George B. Shaw
'Ketika Anda melakukan sesuatu dan gagal, maka kegagalan itu bukan saja akan membuahkan kejayaan tetapi yang pasti kegagalan itu lebih berguna dibanding anda tidak melakukan apapun'.
 
Brian Tracy
'Anda boleh belajar bagaimana mewujudkan kejayaan dari 'kegagalan, sebab hampir tidak ditemukan kejayaan tanpa kegagalan'.
 
Elbert Hubbard
'Kesalahan terbesar yang boleh dibuat oleh manusia didalam kehidupannya adalah terus menerus mempunyai rasa TAKUT bahwa mereka akan membuat kesalahan'.
 
Hugh Downs
'Orang yang bahagia bukanlah orang yang hidup di suasana tertentu, melainkan orang dengan sikap-sikap tertentu'.
 
Alexander Pope
'Semua orang tidak perlu menjadi malu karena berbuat kesalahan, selama dia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya'.
 
Andrew Jackson
'Musuh paling utama didunia adalah KETAKUTAN dan KEBIMBANGAN, Teman yang paling setia hanyalah KEBERANIAN dan KEYAKINAN yang Teguh'.
 
Benjamin Franklin
'Semua yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu'.
 
Winston Churchil
'Kejayaan adalah kemampuan anda mengatasi kegagalan tanpa kehilangan semangat untuk mencapai kejayaan'.
 
James F. Byrnes
'Penuhi pikiran anda dengan keinginan untuk meraih peluang masa depan dan jangan biarkan pikiran anda dirasuki virus ketakutan terhadap masa depan dengan cara menghindari kegagalan'.
 
Earl Nightingale
'Anda tidak memerlukan sesuatu yang baru untuk berjaya, kecuali memerlukan cara baru yang lebih baik dalam menggunakan apa yang sudah anda miliki'.


p/s : kata-kata semangat ini perlu dan penting sebagai motivasi diri kita bila kita rasa down dan sedih kerana gagal  dalam sesuatu perkara...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

28 Januari 2011

Apa yang takder disana ada disini....

Memang seronok kan kalau kat area rumah kita banyak supermarket @ gedung belibelah. Kita boleh pilih jer supermarket mana yang kita nak pegi dan sedekahkan duit kan...tp kalau dah takder pilihan cuma semata yang itu jer camner, mmglah boring tahap gaban kan. Mujurlah recently ni kat area rumah aku ni dah naik satu satu supermarket. Walaupun tidak sebesar Jaya Jusco ataupun segah Mahkota Parade yg ada di Melaka tu, tp aku tetap seronok kerana lepas nih takderlah tetiap kali musim perayaan semua pakat dok serbu supermarket yg kecik sekangkang zirafah tu, hehe...

Dengan adanya pelbagai pilihan barangan, harga yang sedikit murah, kemudahan parking yang free dan selamat, pasti kita akan seronok kesana kan. Jadi, bila barang @ bahan yg kita nak cari @ beli tu mudah diperolehi, pasti kita akan lebih rasa gembira tanpa perlu kesana kesitu semata2 mencari barang @ bahan yg diinginkan. 
Begitulah juga dengan bahan masakan, kalau satu tempat dah ada semua bahan yg kita perlukan , bukan proses memasak itu menjadi lebih mudah dan kita pun akan lebih bersemangat utk memasak dilain masakan. 

Eh! Melalutlah pulak panjang2, mesti korang boringkan, sebenarnya cuma nak tunjuk apa yang aku beli masa pegi ke Tesco semalam, jadi relevanlah tajuknya kan apa yg takder disana ada disini, hik3...

 sos strawberi Hershey's RM9.58

Bila dah ada sos tu bolehlah makan dengan benda ni kan, senang jer buat. Resepi cilok dari blog kak yati, tq akak...kat blog kak hana pun ada resepi nih.

 * abaikan warna yg tidak sekata itu...hik3 *
RESEPI PANCAKE AMERIKA
Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( sy guna tepung naik sendiri )
  • 1 biji telor
  • 1 cawan buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
  • 1/2 cawan gula kastor-saya letak 4 sudu besar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan minyak jagung/m.masak ( sy guna butter )
  • 1 sk esen vanila ( sy tambah )
Cara-Cara:-
  1. Campur aje sume2 bahan dan kacau rata.
  2. Rehatkan selama 20 minit. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
  3. Tuangkan adunan dan biar sebentar (tutup pan sebentar). Bila pancake dah mula berlubang2 dan agak kekuningan bahagian bawah, terbalikkan dan masak hingga hingga kuning keemasan. Angkat. Hidangkan sos kegemaran anda...
*Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dngn menggunakan non stick pan...gunakan api perlahan dan tak payah sapu butter/minyak pada pan. Selamat Mencuba. 
 
p/s : bau pancake nih sebijik cam apam balik tau...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mereka SEKSI & BERANI !!!

Kalau buat tajuk seperti diatas, mesti ramai yg tertanya2 siapakan ??? Adakah FS kembali berbikini @ ND yg seperti dirasuk antu menarik rambut si FS.....hehehe

Mari lihat..... 

***

***

***

***

***

***

***

***



Yang pasti mereka tetap seksi dan berani dihati saya.....jgn marah ya !!!

p/s : si adik mmg berani dan lasak tp si kakak mmg agak penakut dan pemalu sikit...
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Januari 2011

Dinner dihari hujan...

Sejak 2 menjak ni, tetiap ptg mesti ujan. Bukanlah nak kata ujan itu tidak baik tp leceh sikit jer kalau nak singgah memana lepas balik keje. Yelah, ko kena larik laju2, siap angkat2 kain lagi, siap cover2 kepala @ hbag lagi, kalau beli barang byk mcm mana, mau berterabur masa nak bukak pintu keta kan..kan..kan..tp yg baiknya pokok bunga kat rumah yg mcm nak tunggu ari tu dah segar balik....hehe

Jadinya, malas tul nak singgah kedai kalau ujan. Semalam balik keje terus bukak peti ais, tgk apa yg ada. Rasa cam malas nak masak2 byk jenis nih so buat bihun goreng jer, dulu dah penah buat, resepi dari sini.


Kelentang-kelentung...siap. Lepas tu terasa rajinlah pulak nak buat bengkang tepung ni. Dah lama dah aim resepi nih, cnp dari blog kak hana, alahhh..yg dok di Jepun tuh..ko kenal ? tak kenal ? pegi blog dia skarang.....


RESEPI BIHUN GORENG TAUCHU



BAHAN-BAHANNYA :
200 gram mee hoon
3 camca besar pes cili*(*resipi dibawah)
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan'
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tomato
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan'

BAHAN PES CILI :
2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK PES CILI :- Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK MEE HOON GORENG TAUCHO :- Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar mengeras sikit, kacau hingga separuh hancur, tolak tepi kuali. Masukkan pes cili, taucho bersama sos tiram dan sos tomato. Tambah udang, fish cake dan tauhu, gaul rata bersama telur tadi, tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan mee hoon tadi, kacau hingga rata. Masak sekejap, tambah taugeh dan gaul. Kemudian rasa jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair. Bila dah ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili merah..

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
sumber : kak Hana

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
  • boleh tambahkan esen vanila jika suka.
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  • Blender hingga sebati
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  • Taburkan bijan (jika suka)
  • Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak. Tunggu sejuk baru potong.
p/s : arini pun mendung lagik....buat perut lapar jerk..hik3
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Betul-betul geram tgk rupa dia...

Lately ni entah kenapa teringin sungguh nak makan 'macaron'...semuanya gara2 baca di blog Cikmin dan a few blog lagik. Jangan pulak kata aku mengandung tu pasal yg teringin dah tahap gaban dah ni, sbb tak pernah makanlah, aku ni teringin sangat. Aku dah order kat cikmin tataulah bila dia nak tayang sbb dia baru balik dari kelas macaron tuh. Mcmmanalah tak geram korang tgklah macaron berkaler2, bermcm perisa dan dah tentu kandungan gula pun tinggi gak kan.





sangat menggodakan tgk macaron tuh...gambar2 semua ni diambil dari blog Creative Abubot ( Philiphines ).



macam tu lah rupa 'macaron' dari dalam..nyummy kan.

p/s : balik rumah buat asam pedas ikan tenggiri pun sedap wati dari ko merepek pasal si macaron nih...hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

26 Januari 2011

Saya sentiasa bersyukur...

Didalam dihidup kita diminta supaya sentiasa bersyukurkan dgn setiap apa yang kita ada, walaupun mungkin ada beberapa keinginan atau kemahuan kita tak dapat dipenuhi atau dicapai atau tak mungkin tercapai...hehe
Ini dia Senarai Kesyukuran saya:
 
1. saya bersyukur orangtua saya memberikan nama yang cantik kepada saya, menjadikan saya seorang yang amat bersyukur.
 
2. saya bersyukur saya sentiasa dapat bersarapan pagi hari ini, makan tengahari dan makan malam, semuanya cukup serba serbi tanpa ada kekurangan. Alhamdulillah.
 
3. saya bersyukur saya sihat, mental saya cerdas dan saya dapat belajar benda baru setiap hari untuk menambah baik kemahiran diri saya.
 
4. saya bersyukur saya dapat bangun awal setiap pagi tanpa rasa malas.
 
5. saya bersyukur di kelilingi oleh kawan yang baik-baik, walau ada yg poyo saya ttp bersyukur...hik3
 
6. saya bersyukur dikurniakan suami yg penyabar, bertolak-ansur dan pemurah serta anak2 yg comel dan bijak.
 
7. saya bersyukur saya ada rumah untuk saya berlindung dari panas dan hujan, untuk saya tidur merehatkan badan.
 
8. saya bersyukur tidur saya sentiasa cukup, rehat saya sentiasa cukup.
 
9. saya bersyukur saya ada duit untuk membeli semua keperluan hidup saya.
 
10. saya bersyukur saya dapat menggembirakan seseorang, walau siapapun dia.
 
11. saya bersyukur hari ini hari adalah terbaik buat saya, esok saya bertekad mahu capai tahap lebih baik dari yang hari ini punya.
 
12. saya bersyukur saya ada sebuah handphone berkat kerajinan bekerja, dengan handphone inilah saya berhubung dengan keluarga dan kawan2 yang kini jauh di mata. Syukur pada Allah, rezeki ini pemberianNYA.
 
13. saya bersyukur saya ada peluang membaiki diri.
 
14. saya bersyukur saya ditemukan dengan ramai mentor, walaupun cuma di alam cyber.
 
15. saya bersyukur saya dapat berjalan-jalan menenangkan fikiran walau sesibuk cemanapun saya, saya bersyukur dapat menghirup udara segar yang sungguh menyenangkan.
 
16. saya bersyukur saya ada tujuan hidup.
 
17. saya bersyukur hidup saya masih terurus, saya bersyukur hidup saya amat tenang.
  
18. saya bersyukur saya mempunyai kereta utk kemana-mana tanpa  menyusahkan sesiapa.
 
19. saya bersyukur saya ada sebuah laptop untuk saya menaip idea dalam kepala saya di mana-mana.
  
20. saya bersyukur dalam usia sekarang ni, pengalaman hidup mengajar saya berfikiran dewasa.
 
21. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk berbakti.
 
22. saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk saya beribadah setiap hari, di setiap ketika, di manapun jua. Thank you Allah!
 
23. saya bersyukur rupa saya tidak ada cacat celanya, saya bersyukur fizikal saya baik-baik saja.
 
Saya tulis list sebegini untuk membangkitkan rasa bersyukur, rasa berterima kasih dan rasa gembira.

" DOA, SABAR, TAWAKAL & SYUKUR "
 
p/s : grateful for what we have...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Januari 2011

Roti Poket Doraemon


Kalau dulu aku selalu buat roti gulung sardin, alah methodnya lebih kurang sama mcm buat roti poket ni jugak. Masa jalan2 kat rumah CMG, terpandangkan resepi poket nih, tu terus rasa nak buat utk breakfast pagi ni. Sampai si Alia ckp ini mcm poket doraemon je...a'ah, mcm poket doraemon sbb kita isi mcm2...hehe..mintak ampun yer CMG sbb kita ada ubah suai sket, saja nak tambah kentang, konon2 mcm inti karipaplah dan beger daging tu kita tukar pada beger ayam...hehe..Jom Breakfast..

RESEPI ROTI POKET DORAEMON

BAHAN ROTI :
10 keping roti sandwich
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti ( lupa beli...hehe )

BAHAN INTI :
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1 biji ubi kentang, didadu
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

BAHAN LAIN :
Hirisan halus kobis ( tak letak )
Hirisan timun ( tak letak )
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan ( guna mayonis jer )

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan ubi kentang dan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
  2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Januari 2011

Jambu perisa Epal ?

Masa bershopping sayuran di Cameron Highlands tempoh hari, terpandangkan sejenis buah yg seperti jambu tp berwarna hijau. Dedulu masa datang sini tak berapa ada buah ni tp kali ni tetiap gerai yg aku pegi semua dok display buah ni, musim kot...

Tanya punya tanya, minah indon tu cakap itu buah jambu yg berperisa epal, jenuh lah aku rasa tetiap kedai...asal tanya jer bg rasa, asal tanya jer dia hulur buah tu, aku apalagi ngaplah...rasanya boleh tahan dan agak manis jugak, mmg buah jambu tu diadun dgn rasa epal yg sangat sedap. Aku pun apalagi, angkutlah dekat 15 paket sbb kengkawan order kan haruslah tolong belikan. Setiap paket ada 2 biji, harganya RM8 kalau ambik yg 3 biji harganya cuma RM10. Dah siap2 paket gitu tinggal ko pilih2 jer.


Bila aku balik sini ada jugak yg kata jambu ni dah dijerukkan, ada yg kata mmg cenggitulah, cengginilah...so, ade sesiapa yg tahu pasal buah ni, meh kongsi kat sini meh...

p/s : macam2 buah ade kat Cameron tuh kan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk

Terlalu banyak email yg masuk didalam inbox yahoo mail, sy rasa tertarik nak berkongsi salah satu daripada email tersebut...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Komen..komen..komen.. | Dedikasi buat AidaAwie

Hari Isnin  datang lagik...

Macam biasalah hari isnin mesti ada sengal2 sket...semalam aku subscribe filem Aku Masih Dara, Ngangkung dgn Damping Malam, ceritanya ok dan best cuma Aku Masih Dara tu ada sedikit sengal...mcm ada sorang member ckp sebelum ni kena tikam kat perut nape lak tangan yg berbalut...hehe abaikan jelah, yg penting boleh tgk filem tanpa berebut dan bersesak2 di panggung wayang okeyyyy...lagipun cuma RM15 +0.90 (6% tax) utk 1 filem, boleh tgk sampai tv meletup selama 2 hari....hik2


Nak cerita sketlah, minggu lepas lau tak silap hari rabu aku terima 1 parcel dari si AidaAwie nih, dia bagi gift pada reader yg  banyak komen kat blog dia. TQ Aida,i really appreciated.

Meh nak tayang sket, apa yg dia hantar...

Sebenarnya sy sentiasa menyokong usaha kengkawan nak2 lagi minat yg sama dlm berblog, takder niat nak dapatkan apa2 tp kalau dapat tu bonuslah dok :)

Jom ramai2 terjah blog dia kat sini.

p/s : baju yg tempah kat tailor 2 pasang tu pun blm berambik lagi...hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

22 Januari 2011

A Forbidden Love | Cinta Terlarang

Sekadar renungan buat kita semua....

I was in bed… sick, when my blackberry notifications sound arised I know that sound is for a post in my blog… Never thought, it was her again… gadis yang berada jauh dari tanah ini, gadis yang pernah mencurahkan sepenuh isi hatinya pada ku…dia yang selalu memberi inspirasi kepada aku…the offshore girl, in a state of under the cold breeze…


Happy sangat kan bila kita menerima walau sepotong ayat…especially bila kata-katanya menyatakan yang dia still care dengan kesihatan kita, dengan kerjaya kita…dia tetap memandang kita dari jauh, tahu perkembangan kita, dan dia masih ingat hari jadi kita… walaupun dia dan kita sudah tidak bersama, …touching sangat!
Walaupun kita tahu… dia mungkin sudah berpunya, mungkin happy dengan pasangannya tetapi the fact that she still care, and remembers me, it makes me feels like disayangi…even it maybe we both know, it’s what we called “A forbidden love”

Deep inside you all pun I’m very sure all of you pernah melalui atau pernah tengok bagaimana ‘Cinta Terlarang’ berlangsung, betul tak? :)
  • Dia macam, kita terasa terseksa, at the same time kita rasa bahagia…it’s a mix feelings! And the feelings is outrageous, crazy, out of the world and awesomenessss!! Best giler actually!
You know when you actually tak boleh sentuh sesuatu atau dilarang memasuki sesuatu kawasan, BUT you still do it, you still enter it. Rasa keterujaan dan adrenalin dalam diri kita berbuak-buak, sehingga gementar bersama keluhan dan helaan nafas yang panjang! That’s the forbidden love is all about!

Memang best sangat but at the same time you know you’ll never going to be together. You know its hard, tough to oppose it, sickening inside, maybe you akan terseksa sangat apabila sampai ke tahap you rindu sangat kat dia tetapi…tak boleh nak buat apa-apa… Why tak boleh? Well… there are many reasons that you can think of…

But what important here is, the feelings inside that arousing me…and I’m sure she’s feeling the same too, thaaat is important, that is what I want all of us to feel!
  • Maybe ada waktu-waktunya kita akan berkata, mengapa kita nak teruskan rasa cinta, rasa sayang, rasa care pada dia yang kita tahu bukan dan tidak akan menjadi milik kita… BUT,
Sebagai manusia biasa, I don’t see any reason why kita tidak boleh mencintai sesiapa saja. Tidak mengira kedudukannya, rupa paras, warna kulit, bangsa atau agama or whatever… As long as kita tidak mengkhianati atau menyusahkan sesiapa dan tabah menerima risiko di sebalik halangan dan larangan itu...

To me, kita semua layak untuk dicintai, disayangi, tidak mengira ianya cinta terlarang atau tidak


By doing this, KITA JUGA MESTI sentiasa membuka hati kita kepada apa saja rezeki, jodoh dan chances untuk kita jatuh cinta, bukakan peluang itu kepada diri kita sendiri demi untuk kebahagiaan masa depan…

MEANWHILE, walau kita tahu, dia tidak mungkin akan mencintai kita seperti seorang kekasih, kita sedar ianya ‘cinta terlarang’ …Kita mungkin juga sudah tahu, dia tidak kita dapat miliki, mungkin dia hanya hadir sekadar dipinggiran sahaja. Kita tahu dia bukan untuk kita, tetapi the fact that dia masih di situ… apa salahnya jika kita menghargai what is left…sementara kita masih solo, jodoh masih belum hadir…so, why not kita…

“Enjoy the moment together, embrace the little time that we had and treasure it! That’s forbidden love is all about… enjoy it while it last.”


Love,

Razzi Rahman @ Brother Love

p/s : saja nak berkongsi email yg sy terima dari kawan minggu lepas, yg buruk itu datang dari saya dan baik itu datang nya dari ALLAH SWT.
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN