IKLAN

29 Disember 2010

1st time buat Bingka Roti Berjagung !!


Malam tadi sebelum ke kelas sempat lagi bakar Bingka Roti Berjagung ni...honestly, ini 1st time buat, tp menjadi jugak kan...cuma kerak roti tu jer lupa nak buang sket sbb tu rupa kuih ni mcm ala-ala jer tp rasa dia sedapppp tau...resepi ni skodeng dari dapur En Mat Gebu..terima kasih bebanyak yer En Mat, lain kali leh skodeng lagi...


Bingka Roti Berjagung



BAHAN-BAHANNYA
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu kecil2
  • 200 g tepung gandum - diayak
  • 1 liter santan - beli santan RM2.00 + air
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200 g jagung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning) - 

 p/s : mood 2-3 ari ni mcm rajin sket nak mencuba mcm2 resepi....
 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN