IKLAN

26 Mac 2011

Puding Roti Pelangi Petang...

Sy buat lagik Puding Roti Marble nih sbb utk acara pot luck ptg nanti...kiranya utk desertlah tu...resepi masih sama, sy ambil dari blog Kak Hana..apa khabar kak hana yer ? katanya akan mula melaporkan diri semalam ( jumaat ) setelah bercuti selama 3 tahun kerana meneman suaminya menamatkan pengajian Phd di Jepun...
PUDING ROTI PELANGI
sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • Sos coklat Hersheys
  • Sos strawberry Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu adunan lagi masukkan sos strawberi. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bingka Labu yg mudah tp sangat sedappppp !!!

Kelmarin sy ke Tesco, kemudian sy nampak sayur labu yg sangat cantik rupanya terus sy ambil sebelah utk buat Bingka@Bengkang Labu...resepi Bingka Labu ni sy tgk masa berjalan ke blog Kak Dzana...malam tadi sementara tgk TV, sy pun rebus labu tu nak buat bingka...resepi ni sy copy dari blog Kak Dzana, nak tgk resepi yg lebih hebat silalah ke sana yaaa.....
BINGKA LABU MANIS
sumber : Kak Dzana

Bahan-bahan :
  • 5 biji telur Gred A .. ( SAYA GUNA 3 BIJI TELUR SHJ)
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)/SAYA GUNA SANTAN FRESH
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus... SAYA GUNA GULA PASIR
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus... SAYA REBUS JER
  • 1 SB BUTTER.. SAYA TAMBAH
  • BIJAN IKUT SUKA

Cara-cara

1. 1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2. 2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3. 3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

(CARA SAYA: BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR & TEPUNG, 1 SB BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN

p/s : kuih ni sy buat utk acara pot luck ngan jiran ptg nanti...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Mac 2011

Donut tp jadi Pau Sambal...

Sy begitu excited semalam sbb nak mencuba donut kentang tp cam tak berapa naik...*salahkan tangan yg mmg keras bab menguli nih, nanti nak kena pi carik gak si BM tuh..* sy biarkan lama doh ni pastu naik cam tersiput-siput jer...pastu sy goreng gak...ok-oklah rupanya terus takder rupa donut sbb sy tak lubangkan tengahnya..*tetiba cam buat pau sambal lah...* idea datang last minute, nasib ada sambal tumis nyonya seciput lebih nasi lemak semalam dan timun ada gak lagi...terus beginilah rupanyaaaaaa...sy beri kredit pada kak yatie kerana resepinya yg sungguh enak itu...
DONUT KENTANG @ PAU SAMBAL

Bahan-bahan

4 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.

p/s : nasib baik idea datang sepantas kilat lau tak, penuh tong sampah tu nampaknya...hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Mac 2011

Menu tghhari sy...Nasi Lemak & Sambal Tumis Nyonya

Semalam si kakak demand nak makan nasi lemak, sebenar sy malas nak buat sbb nanti sy yang beria makan sbb dah dekat 3 bulan tak makan nasi lemak...tp sy buat jugaklah, versi yg simple2 tp sambal tumis tu sy ambik dari blog cik mat, sebenarnya dulu sy pernah makan sambal tumis yg rasa dia ada mcm serai2 gitu tp tak tahu dimana nak dapatkan resepi, bila sy godek-godek kat blog cik mat sy jumpa satu resepi sambal tumis nyonya tp guna udang, pastu sy olah balik ikut kesesuaian bahan sy...pastu nak up lagik ngan poached egg tp tak jadik, nak tgk versi jadik dan comel silalah ke blog kak dayang yer...kepada semua yg berkenaan sy mintak izin copy resepi utk rujukan sy dimasa akan datang....
gambar dari dlm tupperware jelah sbb tak sempat nak hias bagai, itupun van sekolah anak dah tunggu kat depan...*abaikan rupa kacang tanah yg terlebih goreng itu...*

NASI LEMAK SERAI

Bahan-Bahannya :
4 cawan beras dicuci dan rendam 10 minit
2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia dititik
2 btg serai dititik
4 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

Bahan Sampingan :
Telur rebus, belah dua
Timun, kupas dan hiris
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Sambal tumis nyonya

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam rice cooker, masukkan santan, air,  garam, daun pandan, bawang merah, halia, serai dan beras tadi. Gaul rata dan masak hingga nasi kering.
  2. Gaul rata dan masak lagi selama 20 - 25 minit. Hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopsticks @ garpu. Hidangkan bersama bahan2 sampingan.....
SAMBAL TUMIS NYONYA
sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-Bahannya :
500 g ikan bilis, kupas, cuci dan toskan
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 cawan cili kisar
1 ketul gula melaka - sy tambah

Bahan Tumbuk Halus :
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan, dibakar
1 sb udang kering - sy tambah

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nak buat Bengkang Ubi tp terjadi Getok Ubi Kayu...

Tiga hari lepas jiran depan rumah bagi ubi kayu nih, adalah dalam 3 bijik tp besar sgt...so rasa cam nak buat bengkang ubi gitu sbb sy sukaaaa sgt bengkang ubi...lepas dapat tu terus simpan dalam almari, and then semalam baru perasan yg sy ada ubi kayu tp belum dikerjakan lagik...org dah beri kenalah kita guna, tak gitu...ubi kayu ni pulak walaupun besar tp sangatlah elok dan tidak ada kayunya, selalu kalau sy teringin nak makan apa2 yg berasaskan ubi kayu sy beli saja ubi nih di kedai atau pasar malam, itu pun ada yg tak berapa elok sangat...kat kedai ubi kayu nih sekilo RM1.70 tau, itu pun seciput jer...dah org beri ni mmglah molek sangat...resepi ni pulak sy selongkar dari blog Hasue yg meriah dgn pelbagai resepi..orgnya muda lagi tapi resepinya 'ampunnn ko, tersangatlah variasi..boleh fengasannnn...
GETOK UBI KAYU

Bahan-bahan :

* 2 cwn ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cwn kelapa parut
* 1/2 cwn gula
* secubit garam

Cara-cara :
1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

batter mix :


* 2 cwn tepung gandum
* 2 1/2 cwn air
* 2 sm marjerin - sy guna butter
* Garam dan sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata kemudian boleh diguna.

p/s : pagi2 lagi sy dah suruh anak hantar getok ubi ni kat rumah jiran...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Mac 2011

1st attempt...Mini Pau

Sy tak pernah buat pau tp kalau beli sy mmg pandai...entah mcm mana, semalam sy tgk di blog Mas dan terasa teringin sgt nak buat...' kata org, kalau tak buat sendiri mcmmana nak pandai kann...' jadi semalam sy pun singgah beli bahan2 yg patut utk buat pau nih...sy buat ikut sebijik yg Mas tulis tu tp pau sy tidak gebu sgt...kiranya kalau baling kat ayam boleh fengsannn ayam tuh...hehe..tp takderlah sampai tahap tak boleh dimakan...kalau tgk kulitnya mmg cantik gitu mcm dicucuk2 dgn SKII..*sila angguk lapanpulohkali mcm yg kak hana slalu buat tu...*takder kedut langsung tp kurang gebu, mungkin nak kena buat slalu nih, maklumlah tgn mmg takder seni langsung kalau uli-menguli nih...resepi sy copy dari blog Mas...
kulit pau nih licin jer tp.....
 dari dalam, sy buh inti serikaya dlm tin...itu pun terkial-kial nak tutup balik...hahaha

Pau Gebu Water Roux
Resepi      : Ros - Jintanmanis
Copy dari : Mas @ Duniaku

Bahan :
  • 500 gram tepung pau ( low protein flour)
  • 3 sudu besar shortening  @ lemak sayuran
  • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula 
  • 2 sudu kecil baking powder - sy letak baking powder biasa
  • 4 sudu besar water roux
  • 2 1/2 sudu kecil yis
Resepi water roux :
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara untuk membuat water roux :
  • Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Variasi inti bagi pau
Ros & Mas gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening, sy pun...

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
  2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
p/s : malam ni nak buat lagik nak kasi abis tepung superfine tuh...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

22 Mac 2011

Mari berDonut Suria...

Semenjak dua menjak ini sy rasa macam rajin sikit, sikit jer tau...bukan apa, kekadang tu ada jer benda alah yg sy buat, sy tak mkn sgt pun tp utk anak ngan En Wan bawak bekal...donut suria nih sy tgk dah dua tiga hari kat blog kak zana tp belum berani nak buat...bukan tak pernah buat sebelum...tp sy dah tinggal lama kuih muih mcm ni, nak-nak pulak uli ngan tangan kann...takut sy cuma memenuhkan tong sampah jer...entah mcm mana mlm tadi, dok tunggu drama " Trilogi Cinta " kat TV1, tp takder pulak mlm tadi utk episod yg ke-34, diberi laluan utk siaran langsung apa tah sy tgk sekali imbas jer...penyudahnya, sy terus buat donut ni mlm tadi pastu goreng separuh masak dan pagi tadi goreng balik dan salut ngan gula kastor utk bekal anak2...menjadik jugak walau tak comel sgt yer...
DONUT SURIA PAGI
sumber : Kak Dzana & Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :

 
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung - sy ganti ngan susu pekat
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening) - sy kehabisan shortening, ganti ngan butter
1/2 camca teh garam
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Madu Sticky yg mudah !!!

Sekarang ayam dah naik harga, kalau dulu sekilo baru rm6 lebih tp sekarang dah mencecah rm8 lebih...tapi tetap beli ayam hari2 camner tu ? Ayam madu sticky ni dah lama tgk di blog kak hana tp baru ptg semalam tergerak nak buat...kelmarin dah masak lemak takkan semalam pun nak berlemak lagik, haruslah tukar pada yg takder lemak pulak kann...tak sangka pulak bebudak  sgt suka kan ayam nih, diorang ckp cam " sedapnya..sedapnya..." hehehe...resepi ni sy copy dari blog kak hana terus...
AYAM MADU STICKY
sumber : kak hana

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2, sy  pun..
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
p/s : sy tak makan ngan nasi tp ratah camtu jer...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Desert petang semalam...Pengat Cha-cha & Pisang

Cha-cha ngan gula melaka tu aku beli masa pegi melaka ari tu...jadinya semalam merajinkan diri buat bubur cha-cha tu...lama jugaklah tak makan bubur2 ni semua setelah aku nekad nak kuruskan badan...yelah tu...kata pegi melaka kan haruslah beli ole2 dari sana, selain beli cha-cha dan gula melaka aku jugak beli belacan...dah kata suka makan asam pedas kenalah guna belacan yg sedap sikit..tak gitu...resepi ni aku copy dari blog Cik Mat tp ada sedikit ubahsuai kerana takmo bubuh labu takut angin...kata kauuu...
 PENGAT CHA-CHA & PISANG
sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan - ganti ngan pisang
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Mac 2011

7 larangan selepas makan !!!

7 larangan selepas makan Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda. Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan: 

1. Jangan merokok: Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser. 

2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan. 

3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna. 

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat. 

5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. 

6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan. 

7. Jangan tidur: Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tips mendidik anak mengikut panduan Islam

Jangan pukul anak dari lutut ke atas

Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.

Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."USAH DERHAKA KEPADA MENTUA. Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.

Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
p/s : yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Telur itik ni dah beli seminggu yg lepas tp tak berkesempatan nak buat...asalnya tergoda masa lihat di blog Cik Mat Gebu, tu yg pegi pasar malam cari telur itik...dan kebetulan pula depan rumah jiran tu asam belimbing tengah lebat berbuah jadi terus buat masak lemak cili api ni, plan asalnya nak buat asam pedas daging tp disebabkan telur itik tu dah lama takut rosak terus buat utk lauk semalam...resepi ni sy copy dari blog Cik Mat Gebu...
MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK
sumber : Cik Mat Gebu @ dapurtanpasempadan


BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur itik
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit dicarik
15 biji belimbing buluh, cuci, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
200 ml pati santan
1 liter santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
3/4 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
6 biji cili padi kampung yang hijau*(*ditumbuk halus)
5 biji cili api merah*

CARA MEMBUATNYA :
  1. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus, serai, daun kunyit, asam gelugor dan santan cair, kacau dan didihkan. Kemudian perlahankan api pada tahap kecil. Pecah kan telur dalam satu bekas lain, dan berhati2 masukkan ke dalam kuah tadi, pastikan kuning telur tidah pecah, buat kaedah saya untuk yang lain, tapi jangan letak terlalu rapat antara satu sama lain.
  2. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras, kacau perlahan.Tuang santan pekat, masukkan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula.
  3. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Puding Roti Neslo

Hari sabtu lepas merajinkan diri lagi buat puding roti marble nih setelah puding roti yg warna-warni tu laris di pasaran...hik3...tp kali ni saja mau tukar pulak kaler dan rasa puding tuh...ku kira belangnya kali ini lebih cantik dan tidak sememeh yaa...resepi masih sama cuma tukarkan bahan perasa dan pewarna sahaja..."terima kasih ya kak hana kerana puding ini tersangatlah sedap dan mudah disediakan..."
PUDING ROTI NESLO

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • 2 sb serbuk nescafe - dibancuh dgn sedikit air panas
  • 2 sb serbuk milo - dibancuh dgn sedikit air panas
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk  nescafe dan milo. (Jika menggunakan serbuk nescafe, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk nescafe tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang atas warna putih tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang semula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
::..gabungan rasa antara nescafe dan milo mmg sedap dan wangi..::

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mari Menunggang Kuda di Zoo Melaka

Cuti-cuti sekolah yg lepas aku sekeluarga  dan adir ipar ke Melaka, yaaa...plan asalnya mau ke Terengganu tp disebabkan kawasan pantai timur cuacanya tidak menentu dan disebabkan kejadian tsunami yg berlaku di jepun baru-baru ini maka adik ipar menasihati supaya tidak ke sana kerana takut kejadian air pasang...

Cuti sudah lulus takkan mau dikenselkan mau aku mengamuk meroyan segala kan...jadi utk menenangkan perasaan hati yg mmg sgt sedih itu lalu adik ipar cadangkan kami ke Melaka saja, tp bukan ke sana saja tp ke Cameron kemudian terus ke KL, esoknya ke Melaka dan balik nanti harus singgah ke Nilai 3...hohoho..jauh giler ya perjalanan itu, kata dah cuti2 kan haruslah jalannya jauh banyak...hik3
Apa yg aku nak cerita bukanlah pasal Cameron yg pasti korang pun dah rasa muak tp pasal Zoo Melaka yg sempat kitaorang singgah...zoo melaka sama saja seperti zoo lain tp yg istimewa pada aku ialah kat situ kita boleh menunggang kuda tau, kat zoo taiping nan ado ya...charge pun tak mahal sgt dan tersangatlah berbaloi aku rasa, tambah2 lagi aku tak pernah naik kuda..eh eh...katanya gajah pun boleh naik gak tp gajahnya tidak kelihatan..mcmlah berani sgt kann...
Fee untuk naik kuda ini sgtlah murah ya, ko boleh naik banyak kali sampai kuda tu letih...hehehe
Ini budak sungguh berani sampai naik dua kali tp yg si kakak tersedu-sedu lepas turun dari kuda tp si adik boleh terlompat-lompat nak naik lagi...sudah2, bukan ko sorang saja mau naik itu kuda...
" akak dari mana ? "
" dari Lumut... "
" pernah naik kuda ? "
" tak pernah... "
" ooo...patutlah "
" ???? "

Aku pun cakap ngan En Wan kenapa joki tu tanya macam tu, "abih tu dah badan keras semacam jer, lembutlah sikit..." takut giler ok, nak2 pulak masa kuda tu jalan atas lopak air rasa macam nak terbalik jer kuda tu tapi ku tahannnnn....
Tengoklah tu sampai tak nyempat2 nak pegang tiang tu...hehehe...lepas ni rasanya takmo naik dah, dah mcm jetlag ok...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

19 Mac 2011

Puding Roti Marble

Seminggu aku tak update blog sbb tak sihat dgn demamnya, batuk pastu up lagi ngan selsema...lama tak kena sakit nih tp sekali kena tiga serangkai terus...sakit2 pun sempat lagik aku berjalan ke Cameron pastu terus ke KL, transit semalam terus heading ke Melaka balik singgah Nilai 3 yg org dok sebut2 tuh, aku jer yg belum sampai lagi...hehehe

Resepi nih nampak semalam di blog Kak Hana yg dok kat Kanazawa tuh, nampak cantik jer kak hana tu memarble dpt kat aku mmg marble sungguhlah...tp mmg sungguh rasa lemak2 jer simpan lak dalam peti ais mmg tambahlah batuk aku nih...akak, sy copycat dari blog akak je lah ek...
PUDING ROTI MARBLE
sumber : kak hana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • Sos coklat Hersheys
  • Sos strawberry Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu adunan lagi masukkan sos strawberi. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

p/s : sy buat dua adunan untuk loyang besar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN