Benda ni buat semalam lepas tgk kat blog Kak Hana..so, pegi kedai cepat-cepat dan buat laju-laju...bebola ni sebijik macam buat bergedil jugak cuma ganti ngan crabstick jer ok, sepatutnya salut ngan breadcrumbs tp benda tu aku tak pernah beli pun dan hingat nak ganti ngan oat, malangnya oat pun dah abis...so, golek2 begitu jelah..
sebelum digoreng
selepas digoreng....
Resepi Bebola Ketam
Source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 kilo kentang - dikupas kulit dan direbus empuk
1 paket isi ketam - dikisar kasar
2 sb serbuk lada sulah
Setangkai daun sup - tak letak
3 sb bawang goreng - tak letak
3 sb tepung jagung
Garam
2 biji telur - untuk saduran
Breadcrumbs @ oat - untuk saduran
Cara buat :
- Kentang dikupas kulit dan direbus sampai agak empuk kemudian toskan.
- Lecek kentang sampai agak halus.
- Isi ketam dikisar kasar sedikit supaya mudah diadun.
- Campurkan kentang, isi ketam, daun sup yg diracik halus dan bawang goreng.
- Tambahkan serbuk lada sulah dan garam.
- Jika adunan terlembik, campurkan 2-3 sb tepung jagung sebagai pemekat.
- Buat bentuk bulat atau leper kemudian celupkan kedalam telur.
- Gorengkan dengan api perlahan.
- Hidangkan dengan sos cili @ mayonis kesukaan.
Jangan risau, bebola ni akan keras sedikit bila dah sejuk..
p/s : kalau rajin boleh buat banyak2 dan simpan dalam petisejuk, pastikan bebola dilapis dgn plastik supaya tidak melekat tau....
1 meluahkan rasa:
watie, cantik jer bebola tu membulat....mesti sedapp kan....
Catat Ulasan