IKLAN

23 Disember 2010

Kek Span Vanila...


Petang semalam lepas balik keje laju-laju pegi kedai sebab nak wat kek..member opis tempah untuk hubby dia yang sambut besday ari ni..

Dia mintak suruh buatkan kek span biasa jer, takmau lapis melapis nih..hah, senang keje aku...hehehe..

So, aku buatkan untuk dia kek span vanila..

Inilah rupa kek tu yg belum difrosting..buat dua loyang 1 bulat 1 empatsegi

tadaaaaaa....

Kek Span Vanila

500 gm tepung kek span ( aku guna brand Optima )
6 biji telur gred A
100 gm Butter cair 
100 gm air
1 sb ovalette
1 sb esen vanila 

Cara buat :

  • Panaskan oven 180 darjah Celcius.
  • Pukul tepung ngan telur ayam sampai kembang dan ringan.
  • Masukkan ovalette dan pukul lagi.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit pastu baru butter cair.
  • Akhir skali tambah esen vanila atau apa2 perisa.
  • Tuang dalam loyang yang dialas ngan kertas minyak atau digris.
  • Bakar selama 25-30 minit.
p/s : Kalau guna loyang size 8-9 inch, boleh dapat 2 biji

Untuk Buttercream

500 gm krimwell
150 gm butter / mentega
50 gm air gula / gula aising

  • Pukul krimwell sampai putih dan kembang.
  • Kemudian masukkan air gula sedikit-sedikit.
  • Bahagikan dan masukkan pewarna yg disukai.

p/s : kalau nak guna fresh cream lagi sedap tp jgn over beat nanti krim jadi tak sedap..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN