IKLAN

5 Disember 2010

Apam Gula Hangus


Hari Jumaat yg lepas aku teringin betul nak makan apam gula hangus ni bila tengok kat blog kak Hana..memang comel jer apam tu..so, aku pun cuba buat malam tu tapi dukacita dimaklumkan rupa ada tp rasanya kureng sket..

Jadi aku tak puashati, semalam pun aku cuba buat lagi lepas aku balik aerobik..yg susah sket tang part nak buat gula hangus tu, silap2 tangan ko melecur..tp mmg best kalau apa yg kita buat tu jadi kan...

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan :

1 gelas gula - buat gula hangus
1 gelas air panas
3 sb buttercup
21/2 gelas tepung gandum
2 sb soda bikarbonat
3 biji telur ayam
1/2 gelas santan
1/2 gelas susu cair
1/2 gelas gula
1 sk garam

Cara buat :
  • Panaskan pengukus.
  • Buat gula hangus kemudian masukkan air panas dan butter. Sejukkan.
  • Ayak tepung gandum ngan soda dan garam.
  • Blend gula ngan telur sampai agak kembang.
  • Masukkan susu dan santan. Blend lagi.
  • Masukkan gula hangus tadi dengan tepung.
  • Kalau adunan bergentel blend jer semua adunan lagi sekali.
  • Isi dalam acuan kecil dan kukus. Nak masukkan dalam loyang besar pun boleh.
Lagi gambar....

Besar kan kuih tu..naik dua kali ganda..
kalau suka tabur kelapa parut putih yg digaul dgn garam..nak kelapa tahan lama kukus kelapa sekejap..
p/s : update blog dari Gurney Hotel, Penang....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 meluahkan rasa:

eiela berkata...

best je tengok gambar apam gula hangus tuh, tak pernah makan lagi tuh.

Latest Entri :
Blogwalking Diganti Dengan Bloglarian

umiawadah berkata...

cantik je kuih tu,memang jadiklah kan.

Aesya Zealous berkata...

mcm sodap je..

IKLAN