IKLAN

19 Mac 2011

Puding Roti Marble

Seminggu aku tak update blog sbb tak sihat dgn demamnya, batuk pastu up lagi ngan selsema...lama tak kena sakit nih tp sekali kena tiga serangkai terus...sakit2 pun sempat lagik aku berjalan ke Cameron pastu terus ke KL, transit semalam terus heading ke Melaka balik singgah Nilai 3 yg org dok sebut2 tuh, aku jer yg belum sampai lagi...hehehe

Resepi nih nampak semalam di blog Kak Hana yg dok kat Kanazawa tuh, nampak cantik jer kak hana tu memarble dpt kat aku mmg marble sungguhlah...tp mmg sungguh rasa lemak2 jer simpan lak dalam peti ais mmg tambahlah batuk aku nih...akak, sy copycat dari blog akak je lah ek...
PUDING ROTI MARBLE
sumber : kak hana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • Sos coklat Hersheys
  • Sos strawberry Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu adunan lagi masukkan sos strawberi. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

p/s : sy buat dua adunan untuk loyang besar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 meluahkan rasa:

hana berkata...

salam watie cayang...
tima kasih sudi try puding roti nih... cantik sungguh marble mu... nak tergolek2 aku menengoknyer... hihi....

Love2cook Malaysia berkata...

Cantiknya puding tu!!! :D

IKLAN