IKLAN

24 Mac 2011

Nak buat Bengkang Ubi tp terjadi Getok Ubi Kayu...

Tiga hari lepas jiran depan rumah bagi ubi kayu nih, adalah dalam 3 bijik tp besar sgt...so rasa cam nak buat bengkang ubi gitu sbb sy sukaaaa sgt bengkang ubi...lepas dapat tu terus simpan dalam almari, and then semalam baru perasan yg sy ada ubi kayu tp belum dikerjakan lagik...org dah beri kenalah kita guna, tak gitu...ubi kayu ni pulak walaupun besar tp sangatlah elok dan tidak ada kayunya, selalu kalau sy teringin nak makan apa2 yg berasaskan ubi kayu sy beli saja ubi nih di kedai atau pasar malam, itu pun ada yg tak berapa elok sangat...kat kedai ubi kayu nih sekilo RM1.70 tau, itu pun seciput jer...dah org beri ni mmglah molek sangat...resepi ni pulak sy selongkar dari blog Hasue yg meriah dgn pelbagai resepi..orgnya muda lagi tapi resepinya 'ampunnn ko, tersangatlah variasi..boleh fengasannnn...
GETOK UBI KAYU

Bahan-bahan :

* 2 cwn ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cwn kelapa parut
* 1/2 cwn gula
* secubit garam

Cara-cara :
1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

batter mix :


* 2 cwn tepung gandum
* 2 1/2 cwn air
* 2 sm marjerin - sy guna butter
* Garam dan sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata kemudian boleh diguna.

p/s : pagi2 lagi sy dah suruh anak hantar getok ubi ni kat rumah jiran...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN