IKLAN

10 Mac 2011

Sandwich Tuna Telur pulak yer...

Sebenarnya sandwich ni sy buat utk tea break meeting di opis...asalnya nak tempah saja dari akak yg biasa sy tempah tu tp taktau pulak akak tu ada hal jadi tak dapat nak buat...nak tak nak terpaksa sy buat sendirik...selalu sy cuma buat sandwich sardin sbb anak2 suka sandwich tu...jadi utk opis punya terpaksalah sy goggle kat blog2 yg sy tahu, akhirnya jumpa satu resepi ni dari blog kak ummi kuantan...sy copy kat sini cara buat dari sana ya, harap kak ummi tak marah....hik3
sememeh jer yg sy buat kann...
SANDWICH TUNA TELUR

Bahan-bahan :

1 tin tuna (sy guna jenis mild brand Ayam)
1 labu bawang besar
1 sudu besar cili kisar/1 biji cili merah - cincang (optional, kalau suka pedas sikit)
2 biji telor - buat egg scramble
sedikit daun salad
Tomato - hiris nipis
Timun - hiris nipis
Real Mayonnaise (sy guna brand Lady's Choice)
sedikit planta/butter
garam secukup rasa




Cara-cara :

Tumis dulu bawang besar hingga kekuningan dan naik bau, masukkan cili, kacau sebentar. Masukkan tuna, garam secukup rasa. Last sekali masukkan telor yang telah digoreng srambled (hancur2). Kacau rata dan matikan api. Sapukan roti dgn planta, letakkan salad, pastu tuna telor tadi, tomato & timun. Pipekan mayonis..Siap.

p/s : sy campurkan mayonis sekali dgn tuna dan telur, senang kann...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN