Hasan Al-Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia
menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu, kalbuku
selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain,
kerana itu, aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT mengawasiku, kerana
itu, aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu
kematian itu sudah menungguku, kerana itu, aku selalu menambah bekal untuk hari
pertemuanku dengan Allah SWT."
Manusia itu diciptakan
dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi
tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT telah membekalkan kepada
manusia keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah
yang lain.
1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki.
Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga
mencakupi kesihatan kita, usia kita yang masih hidup hingga hari ini, setiap
hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita,
masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau
assalamualaikum".
Syukurilah segala
nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti
udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan
sebagainya lagi yang tidak dapat kita sebutkan satu persatu, akan nikmat Allah
pada makhluknya.
Adalah sangat
mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi,
luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5
perkara yang kita perolehi pada hari ini. Ketika memikirkan 5 perkara ini,
hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaan kita.
Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali,
yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak
menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah
kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak
itu?
Bagaimana pula jika
kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu,
mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering
menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya?
Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada
kanak-kanak itu?
Begitulah
perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barangsiapa yang
mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku
kepadanya"
Oleh itu bersyukurlah,
berterimakasihlah, dan Allah SWT akan menambahkan lagi apa yang kita
ada.
Jika dalam Hukum Tarikan, kita
belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum
Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat
penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang
lain.
2. Wujudkan suatu
persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik
sahaja berada disekeliling kita.
Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang
sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun
kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah
sifat syaitan dan perlu dijauhi.
Tanyalah diri setiap kali bila keluar berbelanja,
adakah barangan yang ingin kita beli itu, benar-benar kita perlukan atau tidak.
Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan yang kita tidak
perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi
perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kita.
Contohnya membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa
kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang
berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari
berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!
Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik
kamu dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan.
Isikan wardrobe kamu dengan pakaian-pakaian yang relevan dan kamu perlukan. Yang
memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas
meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja.
Kemaskini dokumen-dokumen kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas.
Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah
dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran
, cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan-tindakan kamu, yang selama ini
berasaskan tidak cukup dan tidak puas.
3. Bersedekah dan berderma.
Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan
agar Allah SWT menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita
seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam "Satu
sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah
yang ikhlas dari kita, maka Allah SWT akan membalas balik dengan sepuluh kali
ganda dari apa yang kita sedekah.
Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan
kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai
lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga
mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami
kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan. Senyum juga satu sedekah.
Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya wang. Anda juga
boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya
dengan ikhlas.
Rezeki dalam bentuk
apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam
ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan
tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang
tersendiri.
Cuba kita lihat
pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya
sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap
adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita
buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui
tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar
masuk.
Begitu juga lah dengan
rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah-ruah andainya kita
sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang
lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak
disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin
malap.
4. Maafkan semua perkara
yang menyakitimu.
Bebaskan hatimu
dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa
pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu
marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari
semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk
maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.
Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah
denganmu. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan
mengucapkan:
"Aku maafkan dan
bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari
ku."
Antara kebaikan yang akan anda
rasai apabila memaafkan seseorang:
1.Hati akan menjadi bersih/suci
2.Fikiran menjadi tenang
3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh
4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati
5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda
6.Rezeki akan dipermudahkan dan mula melimpah ruah
7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut
8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat
9.Doa cepat dimakbulkan
10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat
Praktikkan cara-cara ini,
semoga akan dapat menukar minda kita kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup.
Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan akan mudah
dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T
sentiasa.
Hidup ini adalah indah,
apabila kita benar-benar bersyukur. Segalanya terletak pada hati/perasaan dan
fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah SWT dengan mata rohani,
sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki. Keselamatan,
kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan
rohani yang sangat mahal harganya. Allah SWT tidak pernah melupakan
hamba-hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya kerana sedikit sekali manusia
yang bersyukur kepada pencipta-Nya.
Sabda Rasullullah S.A.W : "Pada anggota manusia itu,
ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya.
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah
hati/perasaan".
wallahuaklamubissawabCredit to: taalidi@yahoo.com
p/s : sebagai manusia biasa, mudah kah anda memaafkan seseorang yg begitu banyak melukakan hati anda, jika anda tidak begitu juga saya.....
1 meluahkan rasa:
assalamualaikum,watie..apa khabar??rasa terharu sungguh baca nurkilan ni....ingin ain share di FB ain...dan jika tidak keberatan, dengan izin watie, insyaAllah ingin rasanya ain copy&kongsi nurkilan ini di blog ain suatu hari nanti....take care yea!
Catat Ulasan