IKLAN

1 Mac 2011

Oreo Cheese Cupcake


Sebenarnya masa jalan2 kat blog CMG utk carik resepi cheese cake, dia ada bagi link blog Hasue, dekat blog kak zana pun ada, so aku pun cuba belek kat sana pulak...wallaaa..mmg banyak resepi kek berasaskan cheese, sbb asalnya nak buat cheese cake tp yg simple2 jer...yelah, aku tak pandai buat kek ngan cream cheese, kang tak jadik camner, dah cheese tuh mahal yer...

Aku pun copy resepi dari blog Hasue dgn harapan menjadilah kek aku tuh...hik3..mmg menjadi dan tersangatlah senang tau membuatnya, masa membakar pun singkat jer tp tak perlu berlama2 kat dapur tuh...meh tgk resepi Hasue tuh...terimakasih ya pada penyumbang resepi, lain kali leh copy lagik...heh
OREO CHEESE CUPCAKE
sumber 1: Hasue
sumber 2 : kak zana

Bahan-bahan
  • 250gm cream cheese - biarkan suhu bilik
  • 30gm mentega
  • 100gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 paket oreo saiz besar - buang bahagian krim
  • cupliner secukupnya
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • 2 titik perisa orange - sy tambah
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
  2. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan esen vanila. sambil pukul.
  3. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan licin dan tidak berketul.
  4. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, letak di 4 bahagian. sy tak buat
  5. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
  6. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkan ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan. sy dapat dalam 18 biji size medium.

p/s : ptg nih pon nak membaking lagik, nak buat Brownies Marble Cheese, order dari member di Maybank...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

sw33tdarling berkata...

wahh mmg meleleh airliur cheese lovers

IKLAN