IKLAN

12 Mac 2011

Lagi Brownies Marble Cheese Ulang Tayang...

Brownies dah penah buat dua tiga kali dulu...kelmarin buat lagik pasal nak bawak balik kampung...mana boleh balik tangan kosong, mesti kena ada sket buah lengan eh tangan, seganlah ko balik tangan kosong nanti anak sedara yg berderet tuh dok usha mak sedara yg nih tak bawak pape ke...hik3

Resepi masih sama, dicopycat dari dapur Cik Mat yg gebu itu...hehehe *camlah aku penah jumpa dia...* mmg brownies nih sedap tau dan tak susah nak membuatnya, tak payah pakai mixer segala...hanya godek2 dah siap...kiranya mmg highly recommendedlah kalau ko suka brownies dan takmo krim coklat yg comot itu...meh tgk resepi dulu ok...
BROWNIES MARBLE CHEESE
sumber : Cik Mat Gebu @ dapurtanpasempadan



BAHAN BROWNIES :
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1 sk garam - sy tambah
BAHAN CHEESE :
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (sy guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
1 sb orange paste - sy tambah

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan orange paste kemudian putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

p/s : sy simpan semalaman dalam peti ais dan bila nak potong celup pisau dalam air panas @ layur atas api sekejap, jgn lama kang lebor lak pisau ko tuh...hik3

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN