IKLAN

26 Mac 2011

Puding Roti Pelangi Petang...

Sy buat lagik Puding Roti Marble nih sbb utk acara pot luck ptg nanti...kiranya utk desertlah tu...resepi masih sama, sy ambil dari blog Kak Hana..apa khabar kak hana yer ? katanya akan mula melaporkan diri semalam ( jumaat ) setelah bercuti selama 3 tahun kerana meneman suaminya menamatkan pengajian Phd di Jepun...
PUDING ROTI PELANGI
sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • Sos coklat Hersheys
  • Sos strawberry Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu adunan lagi masukkan sos strawberi. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 meluahkan rasa:

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum...
Cantik le. Hari tu dah buat tapi hodoh je rupanya. Apa pun salam kenal yea. Kita pun orang perak gak tapi la ni dah bermastatutin di penang. Follow erk.

HaSue berkata...

Yummm2...sedapkan puding kak hana nih..cantik jer marble tu..pink karer lagi..hehe..

Amirrah Zawani berkata...

comel lah puding ni.. msti sedap kan.. nti nk try buat gak lah :)

madammondoq berkata...

salam..

nice blog..

salam singgah ke blog saya tuk tahu apa panggilan hangit yg saya dapat..

TQ

Jocko berkata...

Sedapnya kuih,,, ;)

D.O.A (deluxe of arts) berkata...

salam,

Dah lama zaza cari idea macam mana nak buat puding berpusing tu. Alhamdulillah akhirnya zaza jumpa kat blog watie. Terima kasih atas tips tu. Hmmm cuti nanti nak cuba la.

IKLAN