Mungkin korang pernah baca kot, kalau tak pernah meh baca jap for our general info...hehehe
Sekarang ‘love bite’ bukan saja sesuatu yang
menyeronokkan tapi juga boleh bawa maut, so be careful...no more love bite..
Daily Mail melaporkan seorang
wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat
gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan
namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan
tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
p/s : macam-macam hal lah...
1 meluahkan rasa:
adui.. ganas sangat tuh.. ish3..
Catat Ulasan