IKLAN

25 Mac 2011

Donut tp jadi Pau Sambal...

Sy begitu excited semalam sbb nak mencuba donut kentang tp cam tak berapa naik...*salahkan tangan yg mmg keras bab menguli nih, nanti nak kena pi carik gak si BM tuh..* sy biarkan lama doh ni pastu naik cam tersiput-siput jer...pastu sy goreng gak...ok-oklah rupanya terus takder rupa donut sbb sy tak lubangkan tengahnya..*tetiba cam buat pau sambal lah...* idea datang last minute, nasib ada sambal tumis nyonya seciput lebih nasi lemak semalam dan timun ada gak lagi...terus beginilah rupanyaaaaaa...sy beri kredit pada kak yatie kerana resepinya yg sungguh enak itu...
DONUT KENTANG @ PAU SAMBAL

Bahan-bahan

4 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.

p/s : nasib baik idea datang sepantas kilat lau tak, penuh tong sampah tu nampaknya...hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 meluahkan rasa:

Atashi In Hiroshima berkata...

sedap nih...dah lama x rasa

sW33tdARLiNG berkata...

nampak cam menyelerakan... hehehe

Mat Gebu berkata...

Salam..puan YM saya nanti = mat_gebu

IKLAN