Harga rumah dan strategi
menilainya; Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual
hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya saya
boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah saya? betul ke
harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran
sebegitu.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi
sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilain hartanah sendiri,
sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.
Pada hemat saya, cara terbaik untuk
anda menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan
bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah perbandingan
data sejarah hartanah dikawasan anda.
Perbandingan data hartanah boleh
dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah,
papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak
data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa majalah yang
saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet anda boleh
gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan
thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan
untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang
sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang dijual berada didalam
keluasan yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut
ukuran sekaki persegi (kps).
Ianya satu cara yang hampir-hampir
tepat dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis
hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama. Dibawah
saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;
Langkah 1. Cari
perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)
Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps
4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi
1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki
persegi
Langkah 2: Cari
perbandingan harga dididalam kawasan
Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Jumlah: RM1,004,000
RM1,004,000 / 3 = RM334,667
RM334,667 adalah harga purata perbandingan didalam
kawasan
Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi:
RM334,667 / 1,587 = RM211/sekaki
persegi
RM211 adalah purata harga rumah
anda didalam ukuran sekaki persegi
Langkah 4: Rangka harga
rumah anda:
Ambil RM211 dan darabkan nilai
tersebut kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah. Sebagai
contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya dengan
RM211 (cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).
Nah! lihat, inilah harga cadangan
rumah anda RM334,857!
Dapatkan penilaian
profesional
Jika anda ingin mendapatkan
kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk
membantu anda didalam penilaian.
Semoga kita dapat memperolehi
manfaat dari artikel ringkas ini.
Rumah Untuk Dijual: Tip Jual Rumah Cara Online
Rumah untuk dijual atau menjual
hartanah sememangnya memerlukan perancangan yang baik. Tetapi adakah anda tahu
bagaimana menjadikan iklan hartanah lebih menonjol dari iklan pesaing yang
lain?
Sejak pelancaran drumah.my (Portal Jual Beli Hartanah) bulan lalu,
banyak email yang saya terima bertanyakan teknik menjual rumah yag boleh mereka
gunakan. “Iklan dah letak tapi tak ada orang call pulak.. macam mana nak buat
orang call ya?” tanya mereka.
Baiklah, hari ini kita akan kongsi
beberapa teknik menjual hartanah “khas” secara maya. ikuti artikel ini;
-
1. Langkah pertama adalah
membersihkan rumah. Pastikan juga rumput dan lalang dipotong dan diracun.
Kadang-kadang kita telepas pandang dan menganggap ia perkara biasa… padahal
laman dan “porch” yang bersih bakal meyakinkan pembeli dan mencerminkan identiti
pemiliknya. “First impression” sangat-sangat penting didalam urusan hartanah
kita nanti.
2. Pastikan harga tawaran
munasabah. Jangan asyik fikirkan keuntungan semata-mata. Semak dengan
jiran-jiran atau penilai hartanah. Lebih mudah buat kajian sendiri dan nilai
hartanah anda dengan rujuk pada artikel ini” Harga rumah dan strategi menilainya “.
3. Gunakan portal hartanah
drumah.my untuk menjual. Letakkan seberapa banyak
maklumat kedalam iklan. Lebih banyak maklumat lebih baik, ia membantu pembeli
memahami keadaan hartanah dan mengelakkan anda “pitching” perkara yang sama
berulang-ulang.
4. Sebuah rumah yang hendak dijual
secara online sebaik-baiknya disediakan gambar. Pernah dengar “a picture tells a
thousand stories” dengan sekeping gambar anda telah menceritakan pelbagai
perkara menarik didalam rumah anda.
Semakin ramai pencari hartanah
menjadikan internet sebagai rujukan utama mereka. Internet lebih mudah, tanpa
kesana, pembeli sudah boleh merasai dan melihat kondisi hartanah sasaran.
Lawatan maya “virtua tour” pada portal hartanah banyak membantu pembeli membuat
saringan sebelum membuat keputusan.
Tidak seperti iklan-iklan diakhbar…
hitam dan putih dan tidak menarik. Saiz dan ukuran gambar terhad kerana
pengiklanan disana amat mahal. Dengan internet tugas anda menyediakan gambar dan
info menarik agar pembeli dapat membuat pertimbangan dengan
cepat.
5. Gambar apa yang perlu di ambil?
Tiada had atau syarat tertentu apabila menjual hartanah secara online.
Kebiasaannya gambar hadapan rumah, ruang tamu, dapur, dan bilik tidur adalah
lokasi yang kerap menjadi sasaran kamera.
Lakukan sesuatu yang kreatif. Apa
kata jika anda sendiri bergaya didalam gambar bersama rumah kesayangan. Tidak
perlu takut atau malu… anda pemilik rumah dan anda perlu bangga kerana
memilikinya. Setakat gambar “posing” bersama rumah bukan buat apa – apa pun… :
)
6. Jangan lupa untuk ceritakan
sedikit tentang keadaan rumah. Kongsikan perkara menarik semasa anda membeli
hartanah ini dulu. Mungkin rumah itu mempunyai dapur yang luas, ruang tamu
dengan siling tinggi atau bilik tidur yang telah diubah suai.
Gambarkan dengan jelas, jika tidak
anda mungkin akan terlepas pembeli yang berpotensi nanti.
7. Kongsikan keadaan sekeliling
hartanah. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat tentang jiran yang ramah atau
profesion mereka. Ia bakal membantu pembeli memahami persekitaran hartanah itu
dengan lebih tepat. Kebiasaanya hampir semua pembeli ingin mengetahui siapakah
jiran-jiran mereka.
8. Jarak hartanah juga
menjadi satu perkara penting semasa membuat keputusan. Sediakan maklumat lokasi
hartanah itu dengan lokasi tumpuan lain. Seperti 15 minit untuk ke putrajaya, 25
minit ke KLCC atau 500 meter ke pasaraya.
9. Serlahkan fasiliti yang terdapat
didalam kawasan hartanah seperti berdekatan dengan sekolah, kolej, universiti,
klink, hospital swasta /kerajaan. Pastikan informasi yang diberi benar-benar
wujud, jika tidak anda banyak membuang masa melayan panggilan yang anda sendiri
tidak mampu menyediakannya.
10. Penggunaan Map sangat penting.
Bukan semua orang mahir tentang nama jalan, dengan bantuan dari “Google Map” ia
memudahkan si pencari untuk mencari hartanah itu nanti. Dari kajian Drumah,
hampir 80% pencari hartanah hanya “skimming” iklan dan tidak membacanya. Oleh
itu pengiklan perlu menyediakan maklumat yang lengkap bagi membantu si pencari
hartanah tadi lebih memahami keadaan rumah dikawasan itu.
11. Letakkan talian tambahan
“backup” untuk iklan tersebut. Pada waktu-waktu tertentu anda mungkin tidak
berupaya untuk mengambil panggilan. Jadi letakkan nombor telefon isteri atau
jika anda mempunyai ejen hartanah letakkan nombor telefon mereka. Ini bagi
mengelakkan anda terlepas panggilan yang berpotensi. Jika anda tidak mahu
diganggu pada jam 12 malam, letakkan waktu yang sesuai untuk dipanggil, ikut
keselesaan anda.
12. Jika talian kedua adalah
individu yang tiada latar belakang menjual hartanah. Beritahu yang mereka hanya
perlu mengambil nombor telefon si pemanggil dan seseorang akan menghubungi
mereka nanti. Jangan lupa untuk bertanyakan waktu yang sesuai untuk memanggil
beliau kembali. Jangan terkejut ada sesetengah orang akan menutup telefon seawal
jam 6.30 ptg.
Walau apa juga kaedah atau teknik
pemasaran yang kita guna. Jika anda perlukan khidmat profesional, jangan
teragak-agak untuk melantik mereka.
Mungkin anda tahu beberapa perkara,
tetapi bukan semua perkara anda tahu. Jadikan portal hartanah drumah.my sebagai platform untuk mempromosi hartanah.
Atau sarankan ejen hartanah untuk mengiklankan rumah pada portal ini, kenapa
tidak? Ianya percuma sahaja.
Jika anda “copywriter” yang hebat,
tiada salahnya anda sendiri mengiklanan hartanah tersebut pada portal hartanah
drumah.my dan letakkan nombor ejen hartanah sebagai
“hot-line” anda. Sama-sama membantu agar cepat-cepat kita dapat jual rumah
tersebut.
p/s : sy forwardkan email ni utk rujukan diri dan kengkawan.....
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan