Jangan pukul anak
dari lutut ke atas
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita
utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan
kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control)
Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan
refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak
kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau
hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif...
itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah ,
ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai
tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan
anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah,
berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia
balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam,
anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap
subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk
sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan
suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka
derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK
TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu
mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular
tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa
anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak
endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap
dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa
kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf
dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan
sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah
kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula
kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan
mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal,
minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi
jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya
tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah
kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan
lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah
terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang
dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam,
kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu
barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan
perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan
mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar
kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita
wajib mentaati dan menghormati golongan tua."USAH DERHAKA KEPADA MENTUA. Mentua
mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil
hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak
sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan
pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang
anaknya.
Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama
kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa
mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan
melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama
Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak
selain Allah adalah emak dan ayahnya.
mentua perlu dijunjung kerana mereka
berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail
tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail
balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi
Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata
ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan
sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain.
Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu
Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika
diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat
apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners
percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang
berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama
panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar.
Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
p/s : yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan...
1 meluahkan rasa:
peringatan tuk diri ku jugak..
Sumijelly.com
Catat Ulasan