IKLAN

21 Mac 2011

Puding Roti Neslo

Hari sabtu lepas merajinkan diri lagi buat puding roti marble nih setelah puding roti yg warna-warni tu laris di pasaran...hik3...tp kali ni saja mau tukar pulak kaler dan rasa puding tuh...ku kira belangnya kali ini lebih cantik dan tidak sememeh yaa...resepi masih sama cuma tukarkan bahan perasa dan pewarna sahaja..."terima kasih ya kak hana kerana puding ini tersangatlah sedap dan mudah disediakan..."
PUDING ROTI NESLO

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • 2 sb serbuk nescafe - dibancuh dgn sedikit air panas
  • 2 sb serbuk milo - dibancuh dgn sedikit air panas
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk  nescafe dan milo. (Jika menggunakan serbuk nescafe, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk nescafe tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang atas warna putih tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang semula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
::..gabungan rasa antara nescafe dan milo mmg sedap dan wangi..::

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN