IKLAN

22 Mac 2011

Desert petang semalam...Pengat Cha-cha & Pisang

Cha-cha ngan gula melaka tu aku beli masa pegi melaka ari tu...jadinya semalam merajinkan diri buat bubur cha-cha tu...lama jugaklah tak makan bubur2 ni semua setelah aku nekad nak kuruskan badan...yelah tu...kata pegi melaka kan haruslah beli ole2 dari sana, selain beli cha-cha dan gula melaka aku jugak beli belacan...dah kata suka makan asam pedas kenalah guna belacan yg sedap sikit..tak gitu...resepi ni aku copy dari blog Cik Mat tp ada sedikit ubahsuai kerana takmo bubuh labu takut angin...kata kauuu...
 PENGAT CHA-CHA & PISANG
sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan - ganti ngan pisang
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN