IKLAN

23 Mac 2011

1st attempt...Mini Pau

Sy tak pernah buat pau tp kalau beli sy mmg pandai...entah mcm mana, semalam sy tgk di blog Mas dan terasa teringin sgt nak buat...' kata org, kalau tak buat sendiri mcmmana nak pandai kann...' jadi semalam sy pun singgah beli bahan2 yg patut utk buat pau nih...sy buat ikut sebijik yg Mas tulis tu tp pau sy tidak gebu sgt...kiranya kalau baling kat ayam boleh fengsannn ayam tuh...hehe..tp takderlah sampai tahap tak boleh dimakan...kalau tgk kulitnya mmg cantik gitu mcm dicucuk2 dgn SKII..*sila angguk lapanpulohkali mcm yg kak hana slalu buat tu...*takder kedut langsung tp kurang gebu, mungkin nak kena buat slalu nih, maklumlah tgn mmg takder seni langsung kalau uli-menguli nih...resepi sy copy dari blog Mas...
kulit pau nih licin jer tp.....
 dari dalam, sy buh inti serikaya dlm tin...itu pun terkial-kial nak tutup balik...hahaha

Pau Gebu Water Roux
Resepi      : Ros - Jintanmanis
Copy dari : Mas @ Duniaku

Bahan :
  • 500 gram tepung pau ( low protein flour)
  • 3 sudu besar shortening  @ lemak sayuran
  • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula 
  • 2 sudu kecil baking powder - sy letak baking powder biasa
  • 4 sudu besar water roux
  • 2 1/2 sudu kecil yis
Resepi water roux :
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

Cara untuk membuat water roux :
  • Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Variasi inti bagi pau
Ros & Mas gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening, sy pun...

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
  2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
p/s : malam ni nak buat lagik nak kasi abis tepung superfine tuh...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 meluahkan rasa:

Mas berkata...

salam watie...
yer ke tak gebu sampai ayam pun boleh kena pengsan dibaling dek pau ni...he..he..
tengok macam ok jer..tak pe watie..klu buat selalu nanti cantik, gebu dan lembut pau watie tu...
tengok pau tu dah cukup cantik dah...he..he..

sw33tdarling berkata...

alaaaa sikit nauu intinya....? hehehehe

HaSue berkata...

cantiknya pau tu..halus mulus jek..sy dah lama x mengepau..bila laa nak rajin nih..mintak seketui nak rasa..kalo sedap baru mintak lagi..kalo nak bagi byk pun x kesah nyer..hihi

kak ina kl berkata...

memang pau ni cantik sungguh kulit dia..akak tak pernah lagi dapat pau cantik cam ni

Kancilbiru berkata...

wahhhh cantiknya pau awak...

IKLAN