IKLAN

29 Januari 2011

Sarapan pagi yg hebat --->> Nasi Goreng, Nugget, Serimuka...

Dah lama sy tak buat nasi goreng, selalunya kalau hati cuti2 begini ( sabtu & ahad yer... ) mereka cuma makan nasi lemak @ kuih yg dibeli...hehe

Tapi untuk hari ini sy terasa macam nak buat nasi goreng utk mereka sbb nasi putih masih banyak didalam rice cooker...sape nak makan nasi yg dah sejuk tu walaupun dipanaskan tetap mereka tak makan...

Jadinya, sy terus cari pes cili yang sy dah buat utk bihun goreng taucu, pes cili tu bukan setakat utk goreng bihun jer tau nasi pun boleh... ( ini mat gebu yg ckp ok... )

Selalunya sy mmg buat lebih pes cili tu, kemudian simpan dalam peti ais. 

RESEPI NASI GORENG 

Bahan-bahan :
  • 5 cawan nasi putih
  • 1 senduk pes cili ( resepi rujuk sini )
  • 3 sb sambal belacan ( kalau takder sambal, ketuk cili api pun boleh )
  • 2 batang sayur sawi ( ikut suka )
  • 5 batang crabstick - dipotong serong
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sb serbuk lada hitam ( sy guna perencah nasi goreng lada hitam )
  • 3 sb kicap manis - jika suka
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Garam @ serbuk perasa 
  • Bawang Goreng - sebagai hiasan
 Cara Membuat :
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan pes cili, bila dah garing masukkan sayur dan isi ketam. 
  2. Bila sayur dah lembut baru pecahkan telur, biarkan sekejap sehingga telur mengeras baru masukkan serbuk lada hitam, kicap dan garam.
  3. Goreng nasi sehingga rata kemudian tutup api
  4. Hiaskan dengan bawang goreng.
p/s : lepas goreng nasi baru goreng nugget pulak....resepi utk kuih serimuka tu lain entri ya....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

Jue Isa berkata...

wati,abg kak jue ckap ko mmg rajin la dan x kedekut ilmu,chef wan pun x wat mcm ni.mga2 ko brjaya dan sukses.smpai erbik pun x p la.

IKLAN