IKLAN

25 Januari 2011

Roti Poket Doraemon


Kalau dulu aku selalu buat roti gulung sardin, alah methodnya lebih kurang sama mcm buat roti poket ni jugak. Masa jalan2 kat rumah CMG, terpandangkan resepi poket nih, tu terus rasa nak buat utk breakfast pagi ni. Sampai si Alia ckp ini mcm poket doraemon je...a'ah, mcm poket doraemon sbb kita isi mcm2...hehe..mintak ampun yer CMG sbb kita ada ubah suai sket, saja nak tambah kentang, konon2 mcm inti karipaplah dan beger daging tu kita tukar pada beger ayam...hehe..Jom Breakfast..

RESEPI ROTI POKET DORAEMON

BAHAN ROTI :
10 keping roti sandwich
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti ( lupa beli...hehe )

BAHAN INTI :
2 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1 biji ubi kentang, didadu
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air

BAHAN LAIN :
Hirisan halus kobis ( tak letak )
Hirisan timun ( tak letak )
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan ( guna mayonis jer )

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan ubi kentang dan daging burger yang telah dihancurkan, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
  2. UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat (mat tekan guna tupperware bulat saiz 4 inci), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

Eyriqazz berkata...

nyam2..look yummy...mintak skit...hik3

IKLAN