IKLAN

4 Januari 2011

Kek Coklat Cawan


Kek coklat cawan ni aku buat hari sabtu yg lepas, saja wat makan2 sbb kakak ngan adik mintak diorang nak bawak sekolah..yelah , sekolah dah mula kan..resepi masih sama cuma nakkan kelainan tu yang dok tabur coklat chip dwi kaler tu...sebetulnya aku nak bagi kek ni pecah kat atas macam apam mekar, tp tataulah tetap takmo pecah, hairan2...yg ado pecah pun mcm tak sudi jer....api aku bukak kuat2 dan air buh penuh2....tp tulah rupa dia cenggitu jer, nak resepi meh salin....

  
KEK COKLAT CAWAN

Bahan - bahan :-
Telur - 2 biji ( Gred A ) < A >
Minyak masak - 1 1/2 cwn
Serbuk Koko - 1 cwn
Susu pekat - 1/2 tin
Gula pasir - 1 cwn

Susu cair - 1 tin ( nak sedap guna susu cair penuh krim Ideal )
Limau kasturi - 5 biji ( susu cair + jus limau = buttermilk ) < B >

Tepung gandum - 2 cwn - diayak semuanya < C >
Serbuk penaik - 2 sudu kecil
Soda bikarbonat - 2 sudu kecil

Topping :-
Serbuk koko - 1 cwn
Shortening - 2 sudu
Susu pekat - 1/2 cwn ( masak semua guna double boil )
kalau nak topping yg pekat @ keras guna cooking coklat.
kalau suka boleh tambah 2 sudu serbuk nescafe @ jus sunquick dlm bahan A

Cara membuatnya :- 1) Panaskan periuk pengukus. Lapik dengan papercup dlm acuan yg kecil.

2) Perahkan limau kasturi dan campurkan dlm susu cair. Biarkan 5-10 minit.

3) Campurkan semua bahan A dlm blender dan kisar sampai sebati dan gula dah halus.

4) Masukkan buttermilk tadi dlm blender dan kisar lg hingga sebati.

5) Tuangkan adunan tadi dan campukan tpg yg telah diayak sedikit2.

6) Kukus hingga masak. Kalau nak kek cantik ikat penutup periuk dgn kain supaya air kukus
tak masuk dlm kek.

p/s : satu adunan boleh dapat dlm 35-40 biji, bergantung pada acuan...
 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

IKLAN