IKLAN

19 Januari 2011

1st Vacation 2011 | Cameron Highlands, Malaysia



Sebenarnya takder plan nak visit Cameron Highlands dalam masa terdekat, yelah kan sekolah baru jer bukak so malaslah nak jalan2 kalau bukan musim cuti sekolah. Tapi bila teringatkan voucher yg dah lama dapat tu nak expired dah ujung bulan 1 nih, tu yg pegi jugak. Dah jenuh lanting kat member dan kengkawan terdekat tp takder sape nak pegi sbb duit dah banyak abih utk yuran sekolah...hehe


Nak tak nak kitaorang pegilah jugak..sebenarnya takder rugi papepun, cuma sayanglah ngan voucher tu dari burn gitu jer, kena tambah duit jugak tau lebih kurang RM162.00 semalam, so kami ambik 2 malam sbb 2 voucher, jadi tambah RM324.00 ( harga bilik dari RM460 nett  - exclude breakfast yer, lau ambik breakfast 1 org RM37.50 tp ngan voucher tu dpt special rate RM25.00 )..masa masuk kat bilik tu mmg surprise sbb bilik hotel tu biasa2 jer tak mcm hotel lain yg penah kitaorang check-in, terasa mcm tak best jer dan tak sangka pulak tetiba dapat call dari pekerja hotel tu, Lyn ni member lama dari dari tempat keje lama,dedulu kitaorang sesama dept pastu when i move terus lost contact gitu..yg bestnya  si Lyn nih siap offer kalau nak tukar bilik yg ada balkoni tp same floorlah. Terus kitaorang angkut balik beg pindah ke bilik yg lain bila si Lyn datang bawak card.




Hari rabu booking hotel dan hari khamis  terus apply cuti 2 hari, dari 14 hingga 16/01/2011, merepek sekejap boss sebab cuti mengejut...tahan telinga je lah...hehe..balik rumah packing barang2. Kitaorang bertolak lepas sembahyang jumaat dan sampai Cameron lebih kurang pukul 5 lebih sbb bawak slow jer, takmau potong2 ok...drive safe..








Sampai kat Avant Chocolate ni, kitaorang lepak kejap sbb nak beli coklat. Kat sini coklat sedap dan agak murah jugak, kalau nak buat gift pun boleh sbb ada coklat yg dah siap wrap cantik2 siap ngan teddy bear lagik..sambil dok lepak tu tgk kek kat dlm cermin tu mcm sedap jer, so, order 2 potong..bolehlah..takderlah sedap mana pun..





Check-in hotel dalam pukul 6 petang, lepas siap2 semua, kitaorang turun ke bawah kat area Brinchang nun..selalu dok kat area Brinchang, bila dah dok kat area lain terpaksalah bawak keta bila nak kemana2..memang leceh sket sbb bila ptg nak ke malam tu area Brinchang mmg sesak sbb ada pasar malam. Lepas makan kat food court kat bawah tu kitaorang menapak ke atas sikit nak ke pasar malam, saja jalan2 tgk apa yg ada. Tapikan makanan kat sini mmg mahal giler, ko bayangkanlah karipap 5 ketul RM2.00, pastu putu buluh  lau 5 ketul RM3.00..sabar je lah..







 Boleh dikatakan semua tempat kat area Cameron ni kitaorang dah penah pegi so takderlah beria-ia nak pegi lagi, just jalan2 sambil menghirup udara yg sejuk dan nyaman gitu..Esoknya kitaorang decided nak visit Taman Pertanian Cameron Highlands jadi awal2 lagi dah turun ke Tanah Rata. Sebelum tu kitaorang singgah breakfast kat kedai mamak kat situ, kalau tak silap nama kedai tu Nasi Kandar Brinchang. Kitaorang order roti canai ngan tosei lah..mcm2 ada kat kedai ni lagik.



Setelah beberapa kali ke Taman Pertanian Cameron Highlands tu, jadi taklah rasa teruja sangat nak snap gambar..cuma beberapa keping saja, itupun mcm dipaksa2 lau tak sekeping pun tarak..sbb dlm folder lappy nih berlambak gambar yg sama ok..


Lepas penat jalan2 kat dalam MARDI tu, kitaorang dah rasa laparlah pulak pastu singgah kat food court kat Brinchang tu. Kat situ mcm2 gerai ado dan harga tak berapa mahal sgt biasa2 jer..Dah kenyang semua pastu kitaorang balik ke hotel dulu, dah penat tau jadi nak merehat2kan badan sambil zasszzzzzzzz....Untuk dinner pulak rasa mcm dah jemu nak makan nasi dan bebudak pun sebok nak makan KFC, so ke KFC lah kami..mlm takder acara pape cuma bersantai2 di balkoni sambil melihat pemandangan malam yg indah.





Hari sabtu tu pulak mmg sengaja nak keluar lambat sikit sbb nak ingat nak check out terus jadi tak payah patah balik dah. Masa datang kitaorang lalu kat Simpang Pulai so bila balik ni rasanya nak ikut Tapah lah pulak sambil tu boleh singgah kat Lata Iskandar. Sepanjang jalan nak turun tu mmg banyak gerai orang asli jual petai ngan rebung, so En Wan singgah sekejap nak beli petai, kalau masak sambal tumis ikan bilis ngan petai best kan....Bila tgk kat bonet kereta mcm2 ada siap ngan stoberi, buah jambu perisa epal, sayur, jagung, coklat...buah jambu tu yg warna hijau, rasanya produk baru kat situ, kami siap beli sampai 15 paket sbb kengkawan En Wan order, yg best nya bila beli banyak siap dpt free lagi sepaket sama mcm buah stoberi tu. Kalau dulu asal datang Cameron je mesti nak beli bunga tp skarang dah takmo dah sbb bunga tu sampai tempoh tertentu bunga tu akan kering dan buat semak jer.


:..GAMBAR PENUTUP..:






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN