Novel ni dah lama aku baca, walaupun part 3 tp aku rasa seolah menggambarkan yg aku dah baca part 1 dan part 2 ok..kisahnya bermula semalam bila aku baca paper utusan dan kisah Rosyam Nor dan Fauziah Gous yang berlakon dalam telenovela Trilogi Cinta....
Cerita ni baru start minggu lepas dan aku dah miss part permulaan tu..tp takper minggu ni harus jgn dilepaskan...sbbnya aku mmg minat sangat dgn jalan cerita novel tu yg begitu touching...sob..sob..sob..
Sinopsis ni aku ambik dari www.budiey.com
TELENOVELA TRILOGI CINTA TARIKAN TERBAHARU PROGRAM RTM 2011
Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu
Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi
Mimpi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan telenovela
terbaharu Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam
10.00 malam di TV1.
Drama rantaian 40 episod gandingan watak utama lakonan Fouziah Ghous
dan Rosyam Nor yang turut mengetengahkan pelakon Amyza Adnan, Mak Wan,
Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman ini pastinya
menjadi daya tarikan kepada penonton setia RTM yang selama ini hanya
disajikan telenovela dari luar negara.
Tenyata kelainan yang cuba diketengahkan RTM dalam menghadiahkan
program-program menarik terutama drama rantaian ini bakal mencetuskan
fenomenanya sendiri apatahlagi masyarakat Malaysia sememangnya gemarkan
telenovela yang bukan sahaja membawakan kisah percintaan malah isu
kekeluargaan juga dijadikan jalan cerita utama.
Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji
dengan majikan, telenovela ini menjanjikan babak menarik antara pasangan
yang berbeza latar belakang dan darjatnya ini menerusi episod demi
episod yang diketengahkan.
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat
peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu
rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa
tirinya, Pak Badar.
Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu
peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli
lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan
masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk
bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta
dengan rakan perniagaannya itu.
Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula
apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan.
Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh
Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif
memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu
pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif
berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera
rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan
mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri
Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur.
Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan
menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia.
Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha
didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif
dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi
kekuatan kepadanya.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif
mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang
mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha
membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011,
setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.
p/s : ok..dah lama tak menonton cerita bersiri.......
1 meluahkan rasa:
bila laa nak datang mood balik baca novel... rindunya tapi mood tak 'mari' bab2 nak membaca nii
Jom Join GA PILIH THEME BLOG
Catat Ulasan