IKLAN

12 Januari 2011

Kenapa mesti pompuan yg bayar ?

Crazy bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja. Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!

Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)
Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!
Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI tau......hehe :lol: 

Siap suruh girlfriend belanja setiap kali keluar makan dan minum, even tambang teksi, komuter, bayarkan payment kereta, malah top up pun suruh girlfriend belikan! MELAMPAU BETUL!

Okaylah dapat girlfriend anak lord…tapi cemburu buta pulak tu, memaki hamun girlfriend pulak setiap kali cemburu. Lepas tu pakai kereta girlfriend lagi…Kalau girlfriend yang hanya makan gaji tapi berkarier tinggi sikit pun kenaaa jugak…minta belikan macam-macam keperluan dia, siap minta bayarkan kereta dia la, minyak kereta la, nak pergi bersiar-siar pun girlfriend yang keluarkan duit. Tak malu ke?

SOMETIMES tu boleh lah girlfriend belanja, bukan tak boleh langsung, tetapi JANGANLAH SURUH BAYAR. Kalau girlfriend nak belanja minum, or belikan Tshirt, Jeans… kadang-kadang tu best la jugak kan, but that’s it la! Apa ke benda sampai bayar macam-macam ni?
All this selalunya alasan lelaki-lelaki ini adalah, ‘masih belajar’ – ‘masih menganggur’ – ‘kerja I tak sehebat kerja you’ – ‘I bukan anak orang kaya macam you’ so “Youuu la bayar!”
Yang peliknya,
  • the girl sanggup bayar pulak tu…dan selalu sebab takut boyfriend cari lain. ADOI! Takkan serendah itu martabat anda sebagai wanita? Kalau kerana anda tak mahu belanja dia, dan dia nak cari lain…BIARLAH! Biar dia cari lain…
  • Some girls pulak maybe fikir, umur sudah lanjut…dah in 30’s so fikir kena suap dengan duit la, kena belanja macam-macam baru lelaki ni nak kat dia…lepas tu dah bertahun-tahun, bamm!! Mamat tu tinggalkan dia!…Beribu-ribu ringgit habis untuk teman lelaki…now tinggal habuk je lah… :(
Pernah tak anda fikir sekiranya keluarga anda dapat tahu, yang anda menanggung segala-gala untuk boyfriend anda? …dimanakah maruah keluarga anda hendak letakkan? Malu ibu bapa anda nanti… Anak gadis yang diasuh sedari kecil dengan berbagai-bagai ilmu kehidupan dan pelajaran yang tinggi…bila dah besar, menanggung hidup laki yang bukan suaminya!! Aduuhh …malunya!
Macamana anda boleh terfikir lelaki sebegitu yang layak untuk dijadikan boyfriend? JAUH SEKALI nak dijadikan suami beb?! Takkan lah sampai macam tu sekali anda tak laku? Malah boleh percaya dengan kata-kata dan janji manis…
  • “Nanti bila I ada duit, I bayar semua okay. Duit I dah nak dapat ni…”
  • “Nanti kita kahwin, I tanggung semua okay sayang…sekarang, you la bayar dulu…”
  • “Kan I belum dapat kerja tetap lagi, you bantulah I dulu. Esok dah dapat kerja, you nak apa pun I belikan!”
  • “Bestnya la dapat girlfriend macam you… sayang kat you tau, nanti kita gi holiday you la belanja okay, you kan kayaaa!”
  • “Kalau you tak top up kat I, I tak nak jawab sms you lagi!”
PLEASE GIRLS! Open your eyes… Inikah lelaki pilihan you all?! Please la beb…
Dalam hukum syarak pun menyatakan suami tidak boleh menyentuh harta isteri. Melainkan isteri merelakan dengan niat membantu suami. Dan semua tanggungjawab memberi nafkah adalah atas suami, mengikut kemampuannya.
Pastinya give and take tu baguslah, saling bantu membantu untuk meringankan beban, TETAPI itu setelah berkahwin, dengan kerelaan isteri! SEKARANG BELUM KAHWIN!!…
Yang sepatut anda cari adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang ketua rumah yang provide kemudahan dan kesenangan untuk keluarga. Sederhana pun Alhamdulillah asalkan dia layak dan berkemampuan, kalau dapat yang stabil atau berduit tu…or kaya, it’s a bonus la.
BUT…kalau yang sangap tak terdaya nak menanggung diri tu, why la you nak bercinta dengan dia?… kalau diri sendiri pun tak tertanggung macamana nak menanggung anak orang? Lepas tu ada hati nak bercinta pulak tu…
Kalau layan baik, mesra, menghormati, pandai ambil hati keluarga you, menggembirakan hidup you, membahagiakan, tak pa lah jugak, boleh lah beri peluang sedikit masa untuk meningkatkan taraf hidup.…TAPI, layanan buruk pulak tu, kena hina, kena maki, ada yang kena pukul…
  • Guys, kalau tak ada duit tuu, berusahalah bersungguh-sungguh sampai berkemampuan. Then barulah bercinta! Buat malu je suruh girl bayar… “YOUUU LA BAYAR!!” :D
P.S : teringat kisah ni sbb berlaku didepan mata.....
__._,_.___

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 meluahkan rasa:

Liyana Lunia berkata...

SETUJU, kita tak boleh merendahkan diri kita mcm ni depan lelaki yg kita rasa bakal suami kita. nnt kene pijak lah, if dia tak tinggalkan kita, sampai kawin pun dia nk duit isteri.

mcm ynn, ynn mmg akan belanja bf ynn tp utk date akan dtg, tukar pulak dia belanja i. belanja ye bukan mintak hihi <3 nice dear, rase mcm nk share dlm entry akan dtg <3

::FAIZ:: berkata...

aku ada kenalan gak mcm ni. Dia tanggung smua bil bf dia. smpi ketepun dia bayarkan petrol....

Tasha berkata...

reply kepada kenapa mesti perempuan yang bayar. klik me

sw33tdarling berkata...

dgn hubby, saya mmg tak pernah kuarkan duit bila keluar.. even lepas kawen dah brp tahu, barulah saya start belanja dia makan tu pun on special ocasion.. alhamdulillah! tp mmg ada pengalama spedo BF masa bercinta dulu.. semuanya kita!

Tinggal 3 hari lagi jer GA PILIH THEME BLOG

Diyanieee berkata...

hehehehe..
tersentap kejap bila baca macam nie..
tak salah juga tapi kena fikir diri sendiri and blaku adil laa kan antara satu sama lain..
yg selebihnya..
daripada diri sendiri
^.^

kak ina kl berkata...

memang sekarang ni ramai budak perempuan buat macamni..kenapa ek?sampai sanggup bergolok gadai.

semuga anak akak tak jadi macam mereka-mereka ini..

ibusumaiyah berkata...

hehehe....a ah... ye gak tu kan...

Rara berkata...

Bagus entri ni. Nice. Dapat link dari blog Ynn :)

Btw, memang tak suka lelaki yang jenis macam ni. Tak malu ke ek? Ada juga lah jumpa beberapa lelaki yang senang je cakap, "Kredit dah nak habis ni, kalau dah habis nanti tak boleh lah kita message. U transfer lah dekat I ke, topupkan ke" LIFE WTF? Hahahahaha, geli ok. Tolong lah ada perasaan malu sikit T_____T

Zana Zingaa. berkata...

yeee sokong. jgn bagi muka kat lelaki cmni. sampai kawen nanti asek spedo istei. give and take is much better kannn. :D

Fiza Amran berkata...

eeeee.......... malu nya lelaki kikis duit perempuan nie.. tapi kan sebeanrnya byr mebayr nieikut toleransi pasangan. yg x betul nya bila perempuan tue kaya dia kena byr semua cantik nya muka apa punya jantan mcm tue

Siti Safiyyah berkata...

haha dulu zaman berkapel, saya tak penah kua sesen pun duit..sume pakse dia yg blanje..keji kan? :D

cT vS aTim berkata...

yep stuju bagat k..
tp lau atim ktowng slalu xberkira la..spe2 pun ley byr tp plng2 slalu si dye la yg byr laupun dye msh stdy n atim da berkerja...and plng dye xsker lau atim ttbe topp kan dye..nant psti dye akan byr topp blikk..
emm sis watie nanty follow blog atim lak k..
blog www.puteri-copricorn.blogspot.com
and add by fb ctfatimahazzahrah@yahoo.com

zety berkata...

dulu tak pernah seklipun si die mintak belanja,even sampai duit nak masuk toilet pn die yang bayar ^_^

pernah sekali je saya yang bayar duit makan, tu pun sampai gaduh2 bile saya ajak keluar sebab die belum ade keje masa tu.

nice entri =)

IKLAN