IKLAN

21 Januari 2011

Air Halia berLemon

MInggu lepas tgk kat blog kak Hana yg dok kat Kanazawa tuh, dia nak balik sini lagi 2-3 bulan...kat sana kan tgh menggigil sejuk jadi dia buat air Lemon Ginger katanya...hehe

Terasa-rasa mcm nak mencuba jugak..macam inilah rupanya, resepi ni cnp dari Kak Hana, arigatoozaimas kak hana...Air ni mmg sesuaiii kalau nak pecahkan lemak2 dan angin2 yg bersimpul kat badan tuh...hehe


AIR HALIA BERLEMON
sumber : kak Hana @ Kanazawa, Jepun


Bahan-bahan
  • 2 ketul besar halia muda - kikis kulit dan hiris memanjang halus2
  • 1/2 cawan madu
  • 1/4 cawan air
  • 2 biji jus lemon
Cara-cara
  • Masukkan halia, air dan madu ke dalam periuk. Didihkan sehingga berbuih dan halia agak layu.
  • Masukkan jus lemon. Kacau sebati dan masak hingga agak pekat. Matikan api.
  • Sejukkan dan boleh simpan di dalam bekas yg sesuai.
  • Cara hidangan: Ambil sesudu dua ginger lemon ke dalam cawan. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau dan sedia diminum. Jika suka boleh buh kiub ais.
  • Ginger Lemon juga boleh di`spread` ke atas roti atau pancake.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 meluahkan rasa:

kak ina kl berkata...

kalau minum garenti keluar angin kan..

eiela berkata...

tak pernah lagi minum air halia campur limau and madu. selalu buat halia je.

Latest Entri :
1) Kecelaruan Identiti : Selidik Dulu Sebelum Buat
2) Tingginya Martabat Seorang Ibu

IKLAN