Hari khamis yg lepas warga rakyat ng Perak bercuti ok kerana apa, kerana meraikan perayaan Thaipusam. Jadinya, aku salah sorang dari mereka, haruslah bercuti gak kan...hehe
Pagi2 sesudah subuh lagi dah ke padang MPM, jalan2 sket, lari2 sket...balik dari MPM, haruslah singgah kedai kan sbb nak beli barang basah, biasalah aku lau hari cuti2 begini mmg meriah kat dapur...hehe ( memuji diri sendirik... )
Minggu lepas lagi dah teringin nak buat Daging Goreng Berlada tp masa sentiasa terhad, aku tak suka sebut takder masa sbb aku takut nanti betul2 tuhan tarik masa tu.
Resepi ni aku tgk masa jalan2 kat blog kak Hana, jadi aku cnp dari blog dia..mintak halal yer kak hana..
RESEPI DAGING GORENG BERLADA
source : hanamemories.blogspot.com
- 500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
- serbuk kunyit dan garam
- *5-6 tangkai lada merah - bleh campur lada kering
- *4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing2
- *sedikit belacan - jika suka
- *4 biji bawang merah
- *2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
- 1 inci halia ketuk
- Bawang besar Holland - tambah sendiri
- sedikit jus limau atau air asam jawa
- garam dan sedikit gula@perisa (optional)
- Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
- Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar@tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa@jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan bawang besar yg dipotong bulat, kacau rata. Matikan api.
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan