IKLAN

8 Januari 2011

Talam Kacang Merah...

Sejujurnya,aku belum pernah buat kuih tepung talam ke, seri muka ke, bengkang ke...bla..bla..tp bila aku singgah kat blog Mat Gebu yg aku tak tahu berapa gebunya dia tu, terus terpikat nak buat talam kacang merah ni....sebelum ni, lau nak makan kuih2 cenggini aku jerit jer kat akak depan rumah aku tu, maklumlah dia meniaga harus kuih2 akak tu sedap tau, murah lagik...jadi malam tadi lepas abih kelas aku cepat2 balik rumah dan buat kuih ni...lepas ni aku dah tak risau lau akak tu tak meniaga kuih....hehehe...terima kasih pada Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi2 di blog dia, masih belum terlambat nak wish "SELAMAT HARI JADI BUAT MAT GEBU, SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA EVERAFTER..."


RESEPI TALAM KACANG MERAH

BAHAN LAPIS KACANG MERAH :

1 tin red beans, ditoskan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan + 1 camca besar gula (atau ikut manis)
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna merah jambu
Beberapa titik perwarna ungu

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA) :

400 ml santan
3 camca besar tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan kukusan, alas tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN KACANG MERAH :- Kacang merah tadi diambil 3/4 cawan dan bakinya diketepikan. Kisar 3/4 cawan kacang merah bersama gula dan 1/2 cawan santan. Ketepikan. Baki satu cawan santan dibancuh bersama tepung beras dan tepung ubi, kacau rata dengan whisk dan tapis. Satukan kacang merah kisar tadi, sedikit pewarna merah jambu dan pewarna unggu ke dalam bancuhan tepung, kacau rata2 dan tuang dalam tin dan tabur baki kacang merah yang tidak dikisar tadi. Kukus 30 minit dengan api sederhana, mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
  3. UNTUK LAPISAN KEPALA :- Bancuh semua bahan untuk lapisan kepala, kecuali garam, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa (biar lemak2 saja, jangan masin sangat), kacau dan masak dengan api kecil hingga adunan suam dan kelihatan pekat. Matikan api.
  4. UNTUK TALAM KACANG MERAH :- Angkat kukus yang berisi tin tadi, jika terdapat air atas permukaan lapisan kacang merah, gunakan kaedah membentangkan paper towel bersih atas permukaannya dan tarik perlahan2. Kemudian cakar sikit permukaannya. Tuang bahagian kepala tadi berhati2, gunakan kaedah meletak senduk atas dah curah ke dalan senduk tadi, biar melimpah, ratakan dan sambung kukus selama 20 minit lagi pada api sederhana, tutup tin dengan tudung periuk yang sesuai.
  5. Bila kuih masak dan jika ada air dipermukaan, buat kaedah sama seperti lapisan kacang merah tadi. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan..SELAMAT MENCUBA !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN