IKLAN

4 Januari 2011

Hari pertama sekolah tahun 2011 !!


Semalam mereka berdua ini bangun begitu awal sekali kerana sekolah dah mula kan...kakak akan naik darjah 4, yg adik akan naik darjah 2...Nama kakak NURSHARMIEN DAHLIA dan adik pulak NURJASMINE ALIA...mereka berdua bersekolah di SEKOLAH WAWASAN iaitu SEKOLAH RENDAH SRI BAYU...tak jauh dari rumah, sebenarnya ada sekolah yg lebih dekat tp sekolah tu ada 2 sesi, payah kalau nak kemana2..jadi mereka berdua bersekolah disitu kerana sekolah itu cuma ada 1 sesi sahaja...pagi2 mereka ber2 kesekolah naik van yg dah tercongok tunggu kat depan rumah, balik pun begitu jugak...tak perlu makbapaknya dtg jemput...hehe...sebab ada masa mcm malas kuar yg amat ok...

Lepas mandi, makan, pakai baju, mereka ber2 pegi sekolah agama pulak yg tak jauh dari rumah kira2 2 kilometer sahaja, dulu aku hantar mereka sekolah agama rakyat yg dekat surau tu aje, tp wallaaa...mcm takder perkembangan jer bebudak nih, maklumlah bebudak yg terlampaulah bijak pandai...ustazah mengajar didepan mereka bercerita dibelakang...penyudahnya, aku masukkan SEKOLAH PENGAJIAN BALQIS, kat sini memang takder canlah ko nak bercerita bagai sbb akan dipantau jer, kiranya belajar pun start dari pukul 2 sampai pukul 5 terus..pastu balik...ok, lepas balik aku bagi kelonggaran sket mereka nak melompat segala...tp sampai pukul 6.30 ptg jer.

Malam pulak, lepas mandi sembahyang, makan pulak aku hantar mereka tuisyen kat TASKA CAHAYAKU....hantar jer diorang aku pun zassss...ke tempat biasa ok..tepat 9.30 jemput diorang balik pastu tgk beg sekolah, iron baju, buat keje sekolah dan tidur...kiranya jam 10.00 rumah aku dah gelap ok, jadi jgn datang...hehehe...aku mmg tak bagi diorang tgk tv sbb kad astro tu aku cabut...aku bukan zalim k tp nak mengajar diorang jer...lau tak nengok kartunnnnnn sampai tak hengat donia....
Begitulah seterusnya......wassalam.

 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 meluahkan rasa:

azwa amani berkata...

hehehe..teringat plak mase kecik-kecik nak pi sekolah..hehehe

Tanpa Nama berkata...

hehehe. baguslah betul2 nak anak berjaya ni!!! cool!

sw33tdarling berkata...

sebenarnya, sesi pagi lebih afdal sbb balik sekolah diorang ada time nak beriadah atau buat kerja sekolah...

kalau sesi petang, rata2 budak2 amik chance bangun tido lambat

Jom Join GA PILIH THEME BLOG

Jue Isa berkata...

disiplin kuat nyer...bgus jugak wat mcm tu ...kak jue pn same kul 10 tdur..sabtu ahad je leh lewat tdur.

Unknown berkata...

seronok tenguk budak kecil gi sekolah pada hari pertama persekolahan..alahai nak tegur boleh tak? apasal ada line ni..tak dapat nak bacalah..maaf yer jika tersinggung

IKLAN