IKLAN

22 Januari 2011

Lagi menu dihari Thaipusam... | Sup Tauhu Cendawan

Sambil buat daging goreng berlada tuh, aku pun buat sekali sup tauhu  ni. Anak2 tak suka makan pedas jadi kenalah buat lauk utk diorang sekali takder nanti org ckp ikut anak tekak dia jer...hehehe

Menu ni aku ambik dari blog Mat Gebu, kat blog dia ada beribu2 lemon jenis masakan, boleh fengsan kalau nak cuba semua....terima kasih yer En Mat Gebu, kita ambik resepi sup tu.

Tapi ada sedikit ubah suai biasalah nak sesuaikan dgn bahan2 yang tak seberapa itu, jom tengok resepi... 


SUP TAUHU DGN CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :
  • 2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube
  • 250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil ( guna black fungus jer.. )
  • 100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
  • 1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
  • 1 biji bawang besar, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup/daun bawang*
  • Bawang goreng*
  • Lada kicap*(*bahan sampingan)

CARA CARA :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
  3. Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

sw33tdarling berkata...

alamakkkk selera plak nengok sup tuu especially cendawan telinga tikus... dah lama abis stok kat dapo, lupa nak top up.. dulu masa kecik2 tak suka makan tuuu!

IKLAN