IKLAN

19 Januari 2011

Talam Ubi... | Ubi ni Kak Sal yg bagi

Kisah bermula bila minggu lepas si Kak Sal ( opismate ) bagi seketul kuih talam ubi, tp akak tu buat bawah dia warna kuning. Tersangatlah sedap dan terasa mcm nak buat sendirik tp mana nak cekaukan ubi kayu tu.

Pastu buat muka seposen, pegi kat Kak Sal tu, aku pun puji2 kuih dia ( bukan keji tau.. ) dan terus tanya kat rumah dia banyak ubi kayu ke. Maklumlah dia dok kat kawasan kampung mesti banyak tanam segala bagai kan..aku mintak ubi kayu nak beli tp esoknya dia bagi jer, segan aku...hehe ( dlm hati tersangatlah seronok..)

Balik rumah terus buang kulit dan parut ubi tu..frankly speaking, inilah kali pertama aku parut ubi kayu ni, selalu potong2 jer...

TALAM UBI KAYU

BAHAN BAWAH :
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat (optional)
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

p/s : adunan utk atas tu sama mcm talam yg lain cuma takyah masak atas api dulu, terus tuang jer atas ubi tadi..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 meluahkan rasa:

hana berkata...

alahaii sedapnyer talam ko nih watiee... mano la aku nk cabot ubi nih?! waaaaaaa....

Abhamz berkata...

salam, sedap nampaknya...ini memang kesukaan saya ni...esok nak minta isteri buat...boleh salin resepi?

IKLAN