IKLAN

9 Januari 2011

Mee Goreng yg simple.....

Sebetulnya, mee goreng ni antara makanan feberet kat rumah, anak2 sangat sukakan mee lau koeyteow mmg tak jalan..sbb nanti diorang dok kuis2 koeyteow tu sambil tanya "mana mee ?" pastu dah maleh nak goreng koeyteow dah, lau teringin sangat order jer....hikhik
ok, sebenarnya resepi ni mcm biasa jer cuma pes cili ni aku salin dari resepi Mat Gebu yg terkenal kerana kegebuan dia tuh...hehe ( bergurau yer cik mat...) sepatutnya pes cili tuh utk goreng bihun tauchu tp aku dah modified ikut suka ati aku...hehe


RESEPI MEE GORENG 
sumber : Mat Gebu @ DTS


BAHAN-BAHANNYA :
500 g mee kuning, cuci dan toskan
1 mangkuk taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 pokok sawi, cuci, asing batang dan daun
1 keping tauhu, potong kecik dan goreng
1 keping fish cake, hiris nipis
1/2 cawan isi kerang @ ayam - letak ayam jer
1 pes cili - resepi dibawah
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 kiub ayam "MAGGI" (optional)
1 cawan air

BAHAN SOS :
1 camca besar sos tomato
4 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram



BAHAN PES CILI :
2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya


CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK PES CILI : Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK MEE : Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan pes cili dan tumis hingga garing. Masukkan semua bahan sos dan tuang air. Bila mendidih masukkan tauhu, fishcake, batang sawi dan kerang. Kacau rata.
  3. Masukkan kiub pati ayam, larutkan, masukkan mee kuning tadi, gaul rata. Tambah taugeh dan daun sawi, kacau dan biar masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair.
  4. Hidangkan bersama ulam timun dan cili jeruk sebagai pembuka selera...Selamat mencuba.
p/s : aku suka letak taugeh kemudian dan goreng cuma 1 minit supaya taugeh kekal rangup dan tak lembek...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN