IKLAN

28 Januari 2011

Apa yang takder disana ada disini....

Memang seronok kan kalau kat area rumah kita banyak supermarket @ gedung belibelah. Kita boleh pilih jer supermarket mana yang kita nak pegi dan sedekahkan duit kan...tp kalau dah takder pilihan cuma semata yang itu jer camner, mmglah boring tahap gaban kan. Mujurlah recently ni kat area rumah aku ni dah naik satu satu supermarket. Walaupun tidak sebesar Jaya Jusco ataupun segah Mahkota Parade yg ada di Melaka tu, tp aku tetap seronok kerana lepas nih takderlah tetiap kali musim perayaan semua pakat dok serbu supermarket yg kecik sekangkang zirafah tu, hehe...

Dengan adanya pelbagai pilihan barangan, harga yang sedikit murah, kemudahan parking yang free dan selamat, pasti kita akan seronok kesana kan. Jadi, bila barang @ bahan yg kita nak cari @ beli tu mudah diperolehi, pasti kita akan lebih rasa gembira tanpa perlu kesana kesitu semata2 mencari barang @ bahan yg diinginkan. 
Begitulah juga dengan bahan masakan, kalau satu tempat dah ada semua bahan yg kita perlukan , bukan proses memasak itu menjadi lebih mudah dan kita pun akan lebih bersemangat utk memasak dilain masakan. 

Eh! Melalutlah pulak panjang2, mesti korang boringkan, sebenarnya cuma nak tunjuk apa yang aku beli masa pegi ke Tesco semalam, jadi relevanlah tajuknya kan apa yg takder disana ada disini, hik3...

 sos strawberi Hershey's RM9.58

Bila dah ada sos tu bolehlah makan dengan benda ni kan, senang jer buat. Resepi cilok dari blog kak yati, tq akak...kat blog kak hana pun ada resepi nih.

 * abaikan warna yg tidak sekata itu...hik3 *
RESEPI PANCAKE AMERIKA
Bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum ( sy guna tepung naik sendiri )
  • 1 biji telor
  • 1 cawan buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
  • 1/2 cawan gula kastor-saya letak 4 sudu besar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan minyak jagung/m.masak ( sy guna butter )
  • 1 sk esen vanila ( sy tambah )
Cara-Cara:-
  1. Campur aje sume2 bahan dan kacau rata.
  2. Rehatkan selama 20 minit. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
  3. Tuangkan adunan dan biar sebentar (tutup pan sebentar). Bila pancake dah mula berlubang2 dan agak kekuningan bahagian bawah, terbalikkan dan masak hingga hingga kuning keemasan. Angkat. Hidangkan sos kegemaran anda...
*Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dngn menggunakan non stick pan...gunakan api perlahan dan tak payah sapu butter/minyak pada pan. Selamat Mencuba. 
 
p/s : bau pancake nih sebijik cam apam balik tau...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN