|
ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari
Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang
tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan
dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke
atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi
kesan terhadap tubuh manusia. Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak
dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian
itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu
mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi
mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan
jagung menjadi perlahan. - Agensi
p/s : risau gak kan bila baca article nih...
__._,_.___
1 meluahkan rasa:
argggh...........tak leh blah artikel ni..
wifi mana leh kalu x ada...x idup dunia ni kang.......hahaha
Sumijelly.com
Catat Ulasan