IKLAN

18 November 2010

Kek Raya...

Juadah untuk raya aji tahun ni mmg tak beria sangat sbb hubby keje so buat yang simple-simple je lah...walaupun simple kek antara menu wajib ada untuk ari raya...kali ni nak tayang sikit kek span strawberi ngan kek coklat moist..



Kek Span Strawberi

Bahan-bahan :
500 gm Tepung kek Optima - dah campur ngan gula
6 biji telur ayam
100 gm Butter cair
100 gm air 
1 sk Ovalette
Pes strawberi - terpulang pada masing-masing

Cara membuat :

  • Campurkan tepung, telur dan ovalette. Pukul pada kelajuan tinggi. 
  • Bila adunan tepung dah ringan masukkan air. Pukul lagi.
  • Masukkan butter cair sedikit demi sedikit tp jangan pukul lama cukup 1 minit saja.
  • Akhir sekali masukkan pes strawberi atau perisa lain yang korang suka.
  • Bakar selama 35 minit dgn 180 darjah celcius.

Tip ari ini :

masa nak bakar, hentak loyang kek dua tiga kali bg mengeluarkan angin nanti kek tak cantik berlubang-lubang, kita bkn nak buat kek sarang semut...

 


Kek Coklat Moist

Bahan-bahan :

Telur - 4 biji ( Gred A @ B ) < A >
Minyak masak - 1 1/2 cwn
Serbuk Koko - 1 cwn
Susu pekat - 1/2 tin
Gula pasir - 1 cwn

Susu cair - 1 tin ( nak sedap guna susu cair penuh krim Ideal )
Limau kasturi - 5 biji ( susu cair + jus limau = yogurt ) < B >

Tepung gandum - 2 cwn - diayak semuanya < C >
Serbuk penaik - 2 sudu kecil
Soda bikarbonat - 2 sudu kecil

Topping :-

Serbuk koko - 1 cwn
Shortening - 1 sudu
Susu pekat - 1/2 cwn ( masak semua guna double boil )
kalau nak topping yg pekat @ keras guna cooking coklat.
kalau suka boleh tambah 2 sudu serbuk nescafe @ pes oren dlm bahan A

Cara - cara :-

  • Panaskan periuk pengukus. Lapik loyang @ periuk dgn kertas minyak
  • Perahkan limau kasturi dan campurkan dlm susu cair. Biarkan 5-10 minit.
  • Campurkan semua bahan A dlm blender dan kisar sampai sebati dan gula dah halus.
  • Masukkan yogurt tadi dlm blender dan kisar lg hingga sebati.
  • Tuangkan adunan tadi dan campukan tpg yg telah diayak sedikit2.
  • Kukus hingga masak. Kalau nak kek cantik tutup loyang dgn aluminium foil supaya air kukus
  • tak masuk dlm kek.

sebelum taruk topping..lubang-lubang tu sbb kita tambah coklat cip


 lepas taruk topping.......tadaaaa :)



kita kasi dekat lagi supaya korang geram tgk kek tuh!!

cuba dulu baru tau...yg pasti senang dan sedap :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN