IKLAN

15 November 2010

Pajeri Jantung Pisang AWAK

Pernah makan jantung pisang??? Selalu kalau jantung pisang mesti kita ingat nak rebus cicah ngan sambal belacan kan...tapi ada jugak yang masak lemak kan...ari aku nak tayang sikit apa yang aku buat ngan jantung pisang tu...hehe..:)


Jantung pisang ni aku beli kat pasar malam kelmarin...tau ini jantung pisang ape?? Ini jantung pisang awak...pisang awak...hehe...tetiba jer masa lalu kat akak yang jual ulam-ulam tu laki aku berhenti...

 " nak beli ape?? " aku tanya
 " nak beli jantung pisang tu...teringin nak makan pajeri " jawab laki aku

" dah lama tak makan pajeri..." balas hubby sambil buat muka sedeyyy

" yelah...beli jer lah..." balas aku pulak...

Bila dah beli tu kena lah masak kan...jadi aku pun buat ler...aku ni tak pandai sangat lah nak turunkan ilmu tu, tapi bolehhh lahhhh.....




Pajeri Jantung Pisang


3 ulas bawang putih *
1 inci halia
2 pkt rempah kari Baba's
Udang kering - RM1.00
2 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kerisik - RM1.00
Santan pekat - RM2.00
Garam / gula / serbuk perasa

Cara-cara :
  • Jantung pisang belah lapan, dibasuh dan direbus sampai empuk.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai garing dan naik bau. Masukkan bahan tumis spt kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air. Bila dah pecah minyak masukkan       kerisik.
  • Masukkan udang kering, kacau sekejap pastu masukkan jantung pisang yg telah direbus tadi.
  • Masukkan santan pekat dan tambah sedikit air supaya jantung pisang tadi betul-betul empuk.
  • Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. 
  • Masak sampai agak pekat.

* ditumbuk / blend



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

Mata Hati berkata...

sedap kalau dibuat ulam cicah budu..

Selamat Hari Raya AidilAdha Puan Watie

IKLAN