IKLAN

13 November 2010

Kisah seram dari Padang...

Dalam banyak-banyak e-mail yang aku baca pagi ni, email ni agak mengejutkan..seram pun ye jugak...so, aku copy kat sini untuk korang..
 
 
Sejak tiba di Padang, Indonesia pada 31 Oktober lalu perlbagai percubaan saya dan 6 sukarelawan Mercy Malaysia lakukan untuk ke Kepulauan Mentawai, lokasi dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 25 Oktober lalu.
 
Kami cuba menaiki kapal Angkatan Laut, Tentera Nasional Indonesia, TNI, gagal.


Kami kemudian cuba pula menaiki helikopter Puma Angkatan Udara TNI, gagal.


Kami cuba menumpang kapal Kementerian Perhubungan Direktorat Jenderal Perhubungan Laut, juga gagal.


Terakhir sekali, percubaan kami menaiki kapal awam juga mengalami nasib sama.


Kesemua percubaan gagal akibat keadaan cuaca tidak menentu dan berubah secara drastik dalam tempoh 15 minit.

Matahari bersinar kemudian disusuli hujan lebat. 

”Aneh, cuaca sebegini tidak pernah berlaku di Padang sebelum tsunami melanda Kepulauan Mentawai. Selalunya kalau hujan, sehari. Kalau panas, dua tiga hari,” ujar pekerja hotel Edo.


Hotel Edo, lokasi kami menginap terletak kurang 1 kilometer dari Hotel Ambacang, musnah sewaktu gempa bumi melanda Padang pada September 2009.

”Sekolah saya terletak di sebelah hotel Ambacang. Sekarang kawasan itu berhantu pak. Apabila malam, ada suara orang menjerit meminta tolong, menakutkan,” ujar Utek.


Utek, 16 tahun menjalani latihan praktikal di Hotel Savali.


Kenyataan itu disokong, Tony, pemandu kami di Padang.

”Selepas kejadian Hotel Ambacang runtuh, angkut (kenderaan seperti van) tidak lagi berani melintasi hotel itu selepas jam 8 malam. Pernah ada kejadian wanita menumpang dari pusat membeli Andalas kemudian dia minta diberhentikan di Hotel Ambacang sebelum rupanya berubah menjadi buruk,” ujar Tony.


Menurut Tony, lebih 150 mangsa terkorban dikeluarkan pasukan penyelamat dari hotel terbabit termasuk beberapa gadis dipercayai pelacur. Sebilangan mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaaan berbogel.

Kini hotel terbabit sedang dibina semula. Sebelum ini, Hotel Ambacang bertaraf 3 bintang sering dijadikan tempat penginapan pelancong dari Malaysia berikutan harga sewaan berpatutan dan selesa.

Berita baru saya terima, majoriti sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan, NGO tempatan dan asing kini berada di Sikakap gagal membantu mangsa di selatan Pulau Pagai Selatan.


Biarpun kapal besar mampu menghampiri pantai namun tidak berpeluang mengantar bantuan ubatan dan makanan kepada mangsa berikutan ombak besar mencecah ketinggian 6 meter.

Dalam erti kata lain, saya menjangka lebih ramai mangsa gempa bumi dan tsunami di kepulauan terbabit akan kehilangan nyawa akibat kecederaan dan kebuluran.


Dalam pada itu, kerajaan Indonesia dilapor mengarahkan sukarelawan NGO asing kecuali doktor dan jurutera sivil meninggalkan Kepulauan Mentawai selepas 7 hari bencana menimpa. Justeru kesemua kerja menyelamat dan memberikan bantuan akan dikoordinasikan pasukan polis dan TNI.

Hotel Ambacang ranap akibat gempa bumi lebih setahun lalu kini didakwa berhantu, usah hairan jika suatu hari nanti Kepulauan Mentawai sebelum ini dikenali sebagai lokasi tumpuan surfers juga mencatatkan kisah sama.

Apapun, makan nasi Padang di Padang amat menyelerakan biarpun tubuh kepenatan.


p/s : walau apapun kejadian tu, hanya Allah yang tahu sebabnya....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN