IKLAN

12 November 2010

Anugerah Nilam Gangsa...

Semalam anak aku dengan bangganya bagitau yg dia dapat anugerah gangsa untuk projek Nilam kat sekolah dia tu...ape kebenda nya projek Nilam tuh???

Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM  yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini jalankan di sekolah bermula dengan murid  Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat darjah enam  bagi sekolah rendah dan  tingkatan lima bagi sekolah menengah.

Program ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Tahap Jauhari ialah tahap di mana kita menggalakkan murid membaca sebanyak mungkin buku yang mereka minat dan kemudiannya dicatat dalam Buku Rekod NILAM. Tahap kedua pula ialah Tahap Rakan Pembaca di mana murid-murid yang telah banyak membaca digalakkan pula untuk mengajak dan menggalakkan rakan-rakan mereka untuk membaca bersama dan berdiskusi mengenai sesebuah buku. Secara tidak langsung, lebih ramai murid akan terlibat dalam program ini.



Pihak sekolah jugak akan bagi satu lencana comel jer benda tu...buh benda tu kat baju or tudung sekolah bebudak ni...

Adakah sebarang bentuk galakan berbentuk pengiktirafan atau anugerah yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam Program NILAM dan bagaimana cara pengiktirafan itu diberikan?

Di peringkat sekolah, galakan yang berbentuk hadiah dan sijil adalah sebahagian dari pengiktirafan dan ganjaran yang diberi. Dikebanyakan sekolah, murid-murid yang melibatkan diri secara aktif dalam Program NILAM akan diberikan ganjaran dan pengiktirafan mengikut kemampuan pihak sekolah dan biasanya dijalankan sewaktu Hari Anugerah Cemerlang.  Pengiktirafan diberikan mengikut jumlah buku yang dibaca oleh murid-murid seperti berikut:
 
SEKOLAH RENDAH
Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 – 179
Gangsa
180 – 269
Perak
270 – 359
Emas
360 ke atas
NILAM
SEKOLAH MENENGAH
72 – 143
Gangsa
144 – 215
Perak
216 – 287
Emas
288 ke atas
NILAM
 
Lepas ni dia cakap nak baca banyak-banyak buku lagi dia nak dapatkan anugerah emas dan perak lak...
Haaa....nak tau apa aku cakap " baca jer buku novel mak tu...." hehehe...


Nak tahu tentang projek Nilam ni baca kat sini.


p/s : kalau anak-anak dah minat bagi jer galakan....

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN