IKLAN

11 November 2010

Jom pegi Kuching...

Sebenarnya ada sedikit kekecewaan bila dpt berita yg majlis konvo UUM telah ditangguhkan..sebab utamanya aku dah berangan-angan nak ke Padang Besar...hehe..Danok pun ye jugak....hahaha

Memandangkan aku mmg dah ambik cuti jadi aku rasa percutian tu mesti diteruskan ye dokk..tempat ni mmg dah lama dlm wishlist aku tp tak tahu lah bila boleh sampai...tadi aku belek-belek satu blog tu kalau tak silap aku Teratak Impian Ibu...dia ada highlight pasal skarang Firefly ada promote tiket flight murah gitu, Kuching one way cuma RM9.00 jer...


     

So, jom kita Cuti-cuti Malaysia....

Info ni aku dapat setelah membelek-belek blog yang sedia ada..kredit pada http://www.pesonabatik.com so pada sesiapa yang berminat nak tahu tentang Sarawak boleh check kat blog tu yer...

Apa yang menarik di Kuching? 

Senario: Watie akan berkunjung ke Kuching bersama keluarga, dan bakal menginap di Hotel Holiday Inn, Kuching. Jadi Watie berminat utk mengetahui tempat2 yang boleh melawati di sekitar Kuching so aku akan bagi tumpuan dengan tempat2 yang berdekatan dengan Holiday Inn jer....


Yang pertama dan yang paling dekat sekali ialah Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.


Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan.

Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.

Jika berminat dengan barang kraftangan, di seberang jalan Waterfront ada deretan kedai yang menjual barang kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar, baju, kain pua kumbu (mesti beli) dan pelbagai jenis replika.


Sesetengah kedai harga barangannya masih boleh dirunding. Tempat ini sesuai untuk mereka yang agak kesuntukan masa atau malas untuk ke tempat yang jauh sedikit seperti di Pasar Satok (10 minit) dan juga Pasar Serikin (1 jam 30min) di mana kraftangan di dua tempat tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, Pasar Satok dan Serikin dibuka hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja manakala kedai di sini dibuka setiap hari.


Kalau berjalan terus anda akan sampai ke market Waterfront yang kebiasaannya dibuka hingga malam hari. Boleh lawati kawasan ini pada malam minggu untuk menikmati pengalaman membeli ikan dan bahan2 seafood pada waktu malam hari (satu lagi keistimewaan duduk di Kuching).


Di sini boleh beli ikan terubok masin kalau mahu. Harga ikan terubok masin di sini sama seperti di Pasar Satok. Peniaga di sini akan masuk dalam kotak dan balut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubok yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.


Jika masih tidak puas dengan hasil kraftangan dan barangan Sarawak, boleh juga pergi ke India Street yang berdekatan dengan pasar Waterfront. Kawasan India Street ini ditutup sekitar 6pm-7pm.


Anda juga boleh menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki River Cruise dari jeti Waterfront pada sebelah petang dengan harga di sekitar RM40-RM45 untuk setiap trip. Jika mahu melawat perkampungan Melayu di Seberang sungai, boleh menaiki sampan pada harga 50 sen sahaja (tiada jaket keselamatan).

Di seberang Sungai Sarawak ada sebuah restoren yang agak terkenal iaitu MyVillage Baruk yang dibuka bermula senja. Di sebelahnya ada lagi satu gerai yang baru dibuka dan diberi nama gerai Pak Lah Boyan. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk makan di gerai2 tersebut pada malam minggu kerana penuh dengan umat manusia dan ada kemungkinan anda akan menerima layanan yang amat tidak memuaskan, sebagaimana yang terjadi kepada kami beberapa kali sebelum ini. Kawasan ini banyak dihuni oleh penduduk Melayu Sarawak dan salah satu daya tarikan yang ada ialah kedai kek lapis yang terkenal yang dikenali sebagai Kek Lapis Dayang Salhah (kedai berwarna biru).


Ia terkenal sehingga isteri isteri vip dan orang kenamaan seringkali membeli kek lapis secara borong di sini. Harga sebiji kek ialah RM10 dan jika anda beli 10 anda akan dapat percuma sebiji kek. Pelbagai jenis pilihan perisa kek lapis Sarawak ada di sini tetapi jangan risau kerana anda akan dihidangkan dengan sampel kek yang boleh dimakan percuma. Menurut pengusaha kek lapis ini, perisa yang paling disukai ialah perisa masam-manis (berwarna hijau)....harus beli nih..

Satu lagi sebab kenapa kampung Melayu ini terkenal ialah anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Siapa kata kat Sarawak tak boleh lepak?...i likeee

Untuk ke Pasar Satok, boleh naik teksi dengan kadar RM5 – RM8, bergantung kepada pemandu (teksi tidak bermeter). Tiada masalah untuk mencari tempat tempat & restoren makan yang halal kerana ada banyak di sini seperti Kopi O Korner, Dayang Cafe, Kafe Sahabat, Prabha Cafe, dan sebagainya. Jika mahu mencuba umai, samaada umai ikan, udang atau obor obor (!) boleh cuba di Moly’s Place (ting. 4 di Wisma Satok) kerana ketiga tiga jenis umai selalunya boleh didapati di situ (amaran: tak semua orang boleh makan umai ini). Sarawak juga kaya dengan hasil sagu, jadi boleh cuba Kuih Sagu dan juga Tebaloi (biscuit sticks). Di Pasar Satok juga ada menjual kek lapis sarawak pada harga yang lebih tinggi (RM15-RM18).


Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kucing (lain dari Muzium Kuching!) Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

intankuterpilih berkata...

bestnyer dpt mkn angin...skang nie dah ada anak kecik, susah sikit nak gerak.

IKLAN