Dalam beberapa hari yang lepas blog tak berupdate kerana kesebokkan menolong kengkawan untuk majlis reunion yang julung-julung kali nyer diadakan..seronok, letih, malas, dan sebagainya itu rasanya memang dah biasa berlaku kat aku ni...
Jadi, bila pagi tadi
membelek blog kengkawan yang begitu meriah nyer dengan pelbagai entry yg
menarik lagi berinfomasi...aku pun memikirkan apakah entri yang paling
baik buat tatapan kengkawan supaya tidak kedengaran lagi suara-suara
sumbang itu berkata " ambiklah gambar, kasi update sikit blog tu.." sampai
ke ari ini masih terngiang-ngiang kat telinga...kiranya pembakar
semangat lah supaya aku lebih rajin dan gigih menulis....hehe
Hajat dihati nak buat lebih sedap dan lebih cantik untuk diberikan pada kengkawan kat Majlis Reunion anjuran Linda and the geng....tapi disebabkan kesuntukkan masa dan modal yang terhad....ini ajelah yang aku boleh sumbangkan...
Kek Butter Berkismis
Bahan-bahan :)
250 gm buttercup
230gm gula pasir / gula caster - nak kurangkan pun boleh gak
250 gm tepung naik sendiri / tepung gandum + 2 sb serbuk penaik @ Quick 75
4 biji telur ayam gred A
2 sb esen vanila
1 sb ovalette - tambah sendiri
3 sb serbuk coklat
1 cwn susu cair penuh krim - tambah sendiri
Kismis - campur dlm adunan pun boleh
Coklat Rice - buat hiasan tau
Cara-cara membuat :)
1) Pukul buttercup, gula dan ovalette dan pukul sampai putih dan kembang.
2) Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul sampai kembang. Tambah esen vanila.
3) Bila dah kembang, masukkan tepung ngan susu cair berselang-seli.
4) Boleh campurkan kismis tu dalam adunan atau letak kat atas jer, tp kali ni i letak kat atas.
Coklat rice tu pun boleh tabur kat atas jer.
5) Bila adunan dah sebati boleh masukkan dalam paper cup untuk dibakar dgn suhu 180.
Bergantung pada oven masing-masing tau..
p/s : sampai ari ni badan masih sakit-sakit penangan aerobik dari Slim Aerobik kat MPM..
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan