IKLAN

18 November 2010

Pasta Shell

Honestly, ini my first time masak pasta yang ada rupa shell...sebelum ni cuma masak spagetti jer...so kalau rasa-rasa menarik boleh cuba and kalau-kalau tak menarik humban jer ke laut...hehe..

Pasta ni dah berbulan dibeli tapi takder ati pun nak masak..pastu sehari sebelum raya yang lepas kita dok sembang-sembang ngan jenjiran, depa dok pakat heboh menu depa dipagi raya yang mulia itu...terkedu sekejap, masa kak Gi tu dok sebok bgtau nak buat spagetti seafood dia, kita pun pakat cakap yang kita pon nak masak pasta gak...last-last ini lah jadi nya, amacam ok tak :)



Fried Shell with Brokoli

Bahan-bahan :

Sebungkus pasta shell - dicelur dgn sedikit garam dan minyak 
1 pkt crabstick
1 pkt sosej ayam
1 btg brokoli hijau
 Isi udang
Isi ayam
1 cwn sayur campur
1 tin sos Prego
5 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 cwn sos cili / tomato
1 cwn cili kisar - ikut suka
1 biji telur - kalau suka

Cara membuat :

  • Celur pasta sampai kembang dan lembut dgn sedikit garam dan minyak kemudian tos.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk sampai wangi.
  • Masukkan cili kisar dan sos prego.
  • Tumis sampai garing kemudian masukkan isi ayam, udang, sosej, isi ketam.
  • Lepas tu boleh masukkan pasta kacau sampai sama rata. Masukkan garam, gula dan pak aji.
  • Kemudian masuukan segala jenis sayuran tp jangan goreng terlalu lama sbb tak mau sayur tu overcooked.
  • Last masukkan  telur ayam kacau rata dan tutup api.



tadaaaa....:)


sambil makan pasta tu pekena ngan nugget ayam Marina ni pon best kan..:)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

kak ina kl berkata...

betul tu...akak dah panggil orang letrik datang check..dah ganti suis kat kotak fuis dan plug baru..alhamdulliah dah ok dah..

macam best ajer coklat kek tu..nanti nak trylah

IKLAN