Semalam anak aku yg kecik tu sambut besday yg ke-7, so aku bercadang nak sedekah sikit kuih-muih ngan kek coklat..biasalah aku pandai wat kek tu jer..aku order kuih karipap ngan kuih donat kat dpn rumah aku tu jer, maklumlah jiran-jiran aku sumer meniaga kuih, senang jer....hehe..
Aku tempah karipap ngan donat tu kat Kak Gi, dia ni memang dah terkenal kat area taman aku nih kerana kesedapan kuih dia ni....promosi la pulak...hehehe..kuih dia dah ler besar, sedap pulak tu, rasa dia pun maintain jer....seketul baru rm0.25..ngan aku jer tau...ngan org lain rm0.30...kek coklat tu pulak, biasalah mestilah aku yg buat......hehe...aku potong kek tu siap-siap, senang nak bahagikan pada kawan-kawan anak aku tu..
Nota Kaki : semenjak pandai wat kek ni, aku dah jarang beli kek kat kedai....kawan aku si Winnie pun sibuk dok suruh aku buat kek utk dia sekali...
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan