Julia Roberts biasa saja - Hadi
MENGGUNAKAN India, Itali dan Bali sebagai lokasi penggambaran, penglibatan artis Indonesia seperti Christine Hakim dalam filem antarabangsa Eat Pray Love lakonan Julia Roberts memberi erti besar bagi portfolio perfileman Indonesia.
Namun watak lelaki penilik nasib dari Bali bernama Ketut Liyer yang terkenal dengan dialog "See you later, alligator" telah menjadi watak yang digemari kerana kesederhanaan dan cukup bersahaja.
Bukan seorang aktor, Ketut atau nama sebenarnya Hadi Subianto beruntung kerana berpeluang berlakon dan menjadi 'guru' Julia dalam filem tersebut.
Saat ditanya tentang pengalamannya berhadapan dengan Julia, Hadi menjawab: "Tiada yang istimewa. Julia Roberts hanya orang biasa."
Ditebak banyak orang yang cemburu dengan peluang yang diperoleh, Hadi sebaliknya terkejut kerana terus menyatakan berasa biasa sahaja berlakon dengan Julia.
Hadi mendapat tawaran memainkan watak Ketut Liyer selepas pengarah filem tersebut menginap di Hotel Dharmawangsa, Bali, tempat dia bekerja sebagai pemain seruling.
Berasal dari Madura, katanya: "Pada mulanya saya menolak untuk berlakon kerana tidak pernah berlakon. Tapi kemudian saya terima tawaran itu selepas dipujuk. Jadi saya terus belajar tentang karakter dan ilmu daripada Ketut Liyer yang sebenar."
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan