Syukurlah walau siapa dan
apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. Masing-masing ada
kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan
kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri
sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...
Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr.
HM Tuah sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu
sama lain..
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan
diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di
tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi
beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah
risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah,
sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak
pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama
ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang
lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam
diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk
tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang
lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah
seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan
merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri
apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam
keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan
dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki
terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan
anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti
kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan
wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran
saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan
isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi
pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk
sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia
melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian
bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah
hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup
berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau
sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia
akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju
demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki
memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang
walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang
anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda
tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan
dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah
harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada
pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan
apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah
meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang
lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang
mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter
hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di
hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran.
Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja
berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di
dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan
cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda
dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat
beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan seorang lelaki
bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan
airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima
segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,
setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang
dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus
asa
7) Lelaki yang bijak menangani
segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas
kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada
Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan seorang wanita
bukan kepada pejal otot
badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:
-
1) Perempuan yang tahan menerima
sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak
meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
5) Kegagahan perempuan berdiri di atas
teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL.....
p/s : Motivasi dari Dr HM Tuah....
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan