IKLAN

26 Februari 2011

Homemade Chicken Chop

Seriously aku bukanlah penggemar chicken chop...tp kalau keluar makan kat Billion tuh benda ni antara menu yg slalu aku order, tatau napa walhal banyak lagi menu kat situ...selalu kalau jiran2 dok cerita pasal menu nak masak itu, nak masak ini...aku tak ambik kesah sgt, tp sungguh nak bgtau korang yg aku very close ngan jiran2 sekeliling rumah aku sbb tu kalau aku nak mintak tolong kira no hal lah...mcm nak buat makan2 ke, kenduri ke, apa ke mereka senang di bawak runding gitu...sampaikan kacang tanah aku nak buat biskut kacang @ mazola pun aku mintak tolong jiran depan rumah aku sangaikan siap order gitu gini lagik...*melampau tul kan aku nih, korang ado ke...hik3*
Biskut kacang itu lain entry tau, nak citer dulu pasal chicken chop nih...selalunya chicken chop yg aku makan kat Billion tuh diorang salut tepung pastu goreng jer tp chicken chop yg aku penah makan ada satu hotel di Lumut tu dorang grilled ok...mmg sedappp dan juicy. Jadinya antara dua method ini aku pilih nak goreng jelah sbb ikutkan selera anak2...jadi singgah kedai beli ayam yg boneless utk chicken chop, satu paket ada 8 ketul regenya lebih kurang RM16.00 ( jimat kan kat kedai seketul chicken chop RM10.00 tau )...beli french fries dan ubi kentang, yelah kata nak makan chicken chop kan, haruslah dikawankan dengan frech fries dan mashed potato...lain lain tu malaslah nak beli sbb tak koserlah nak buat sbb nak cepat dan cuma buat 3 ketul jer.....kang malam ada jemputan majlis harijadi anak jiran sebelah lagik...meh tgk resepi yg aku dah edit sket2 dari kak hana, aku mmg suka tul tgk blog kak hana nih...ibaratnya sehari tak pi tgk mcm tak lengkap je idup...begitu skali...hik3
HOMEMADE CHICKEN CHOP

Bahan Utk Chicken
  • 4 keping peha ayam tanpa tulang
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • tepung tempura - sy guna jenama Bestari perasa original
Cara-cara
  • perap ayam sebentar ngan garam, serbuk lada hitam dan bubuh sedikit tepung tempura. Ratakan biarkan sekejap.
  • panaskan minyak. celup ayam ke dalam tepung lagi, ratakan keseluruhan.
  • goreng hingga kekuningan or masak. gune api kecil jer supaya ayam msk rata.
Bahan utk Sos Cendawan/ Sos Lada Hitam / Gravy
  • 2 cawan stok ayam@daging - sy guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar
  • serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang tinggalkan sedikit utk tumis
  • 1 biji bwg putih - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris ( tak bubuh sbb takder )
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
  • 2 sb sos sotong - optional
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • then tapis. buang bwg n juga salery. tumis bawang besar dan bwg putih kemudian masukkan stok ayam tadi dan didihkan semula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
  • bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.
Bahan utk Mashed Potato
  • 5 biji kentang
  • susu segar
  • butter
  • lada hitam
  • garam sedikit
cara-cara
  • rebus kentang sehingga empuk.
  • kupas kulit dan lenyekkan dengan sedikit susu segar, sedikit butter, garam dan juga lada hitam.
  • scoop kentang ke atas pinggan dan curahkan gravy/ sos lada hitam tadi.
Bahan sampingan
  • kentang goreng/ wedges
  • coleslow
  • beans
  • salad,jagung dan lain2
p/s : ayam tu kena salut dua kali tak perlu telur...nak lagi sedap beli tepung yg hot n spicy.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 meluahkan rasa:

hana berkata...

watieee.... akak dtg nih nk tumpang makannnn... klu mcm nih dah payah beratur g bli... mkn rumah lg puas! kan tie kan kan kannn... maceh sudi try...

Cendana Kasih berkata...

A'kum Wati... murah la tu, 8 ketui=rm16.00 , kat sini rm24.00..bezanyer harga...sikit ari lagi boleh beli BMW ler tokeh kedai tu...hehehe

Sumijelly berkata...

ko saja jerkan...
aku tingin nak buat mashed potato..nanti aku call ko yek...
tp no hp ko aku ilang..sila buat satu sms cinta sat akt aku..muaahaha

http://sumijelly.com

Arizakiah berkata...

Akak selalu juga buat sendiri kat rumah....memang jimat....

IKLAN