IKLAN

24 Februari 2011

Brownies lagikkk ?

Semalam buat brownies lagikk sebab yg kelmarin tu dah licin pastu tak puashati sbb takder marble kat atas dia...kali ni tak lupa sbb awal2 lagikk dah asingkan sket adunan brownies tuh...mmg senang sangat nak buat tau dan rasa dia mmg gojes gitu, abaikan jelah rupanya yang agak sememeh dan comot itu yer...
Sebenarnya nak beli cream cheese yg biasa dan murah saja tp kat Billion tuh dah abis so malaslah nak pusing kat Tesco, rembat sajalah yg mahal sket tuh...*kak jue, nak makan sedap sila jgn komplen2 yer...hik3*...baru bagi rasa dah ada yg nak order, alamak...malas tul sbb sy ni budak baru belajar jadi seganlah nak order2 nih...hehe

Resepi masih sama, diambik dari blog CMG dan kak hana...kalaulah CMG baca ini sy mintak halal yer resepinya *macamlah dia nak baca blog ko nih*...ok jom buat brownies dan makan sampai  muntah tp exercise jangan tinggal yok, nanti kok naik sekilo eden tak bertanggungjawab yer... 

BROWNIES berCHEESE

BAHAN BROWNIES :
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair - sy bubuh 1 cwn
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum* ( sy guna tepung kek )
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1 paket kecil serbuk nescafe 3in1 - sy tambah

BAHAN CHEESE :
250 g cream cheese - sy guna brand philadelphia
1 cawan gula halus  
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan serbuk nescafe kemudian kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...*kalau nak dapatkan potongan yg cantik dan licin layurkan pisau atas api sekejap, ulang sampai sampai abis.....*
p/s : nak buat chocolate cupcake pulak ptg nanti....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 meluahkan rasa:

Jue Isa berkata...

watiii...anak kak jue nk tp kak jue x pandai la ..ko wat kan la please.kalau satu loyang tu brapa ek.

Jue Isa berkata...

watii.ank kak jue ske kek ni ..ko tlong la wt ..satu loyang nie brp ?

aunieZ berkata...

brownies cheese!! bru je msak ri tu jgk ;)

Cendana Kasih berkata...

Uish...sedapnyer...salin respi dulu yer...tgh diet ni..hehehe....

resipi kuih serimuka sllm tu kita salin dr blog awak lah..dh edit balik..letak nama betul...sori..

IKLAN