Tertarik dengan salah satu email yg diterima semalam.......
SOALAN :
Bagaimana hukum aqidah mereka sekiranya apa yg mereka lakukn
adalah bertujuan utk memperingati St.valentine? Siapa St.valentine
sebenarnya?
Kenapa namanya dikaitkan pd hari kekasih sehingga dinamakan sbg
hari valentine??
Bagaimana pula hukumnya sekiranya mrk yg menyambut hari kekasih
ini adalah disebabkan terikut-ikut dgn
budaya??
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine,
maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dgnnya:
Pendapat pertama: mengaitkannya dgn pesta
sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yg dinamakan
Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yg berlangsung dari
13-18 Februari. 2 hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom
kuno yg bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang
menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda
tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara
rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan
yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari
gangguan serigala. Pada hari ini mereka akn menyembelih seekor anjing dan
kambing. Kemudian mereka akn memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling
gagah utk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya
pula dgn susu.
Setelah itu diadakan perarakan besar2an yg diketuai 2
pemuda tersebut & mrk berdua akn memukul org ramai yg berada di laluan
mereka dgn kulit binatang & para wanita akn berebut2 utk menerima
pukulan tersebut krn mereka beranggapan ia akn menambahkan kesuburan
mereka.
Pendapat ke-2: mengaitkannya dgn kematian paderi
St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. The
Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menulis ada 3 nama
Valentine yang mati pada 14 Februari, seorg di antaranya dilukiskan sbg yg mati
pd masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine”
yg dimaksud, juga dgn kisahnya yg tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya krn
tiap sumber mengisahkan cerita yg berbeza. Terdapat 2 versi cerita
berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pd masa pemerintahan Claudius II, k'jaan Rom yg
menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian & para
mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang
yg tegar menganut agama Kristian & aktif menyebarkan ajaran tersebut
turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap
mengajar & menyebar agama tersebut di kalangan banduan2 penjara di
samping membantu tawanan2 penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini
telah diketahui oleh Cladius II & beliau memerintahkan St. Valentine
diseksa & akhirnya dihukum bunuh pd 14 Februari.
Pengorbanan yg dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh
penganut Kristian sbg 1 pengorbanan yg besar demi kecintaan beliau terhadap
agamanya. Malah St. Valentine disamakan dgn Jesus yg dianggap oleh penganut
Kristian mati krn menebus dosa yg dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh
cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum
dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yg
bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yg
muda & masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan
peperangan berbanding dgn mereka yg telah berkahwin. Justeru itu Cladius II
menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dgn keras dan beliau
telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda2 Rom secara sulit.
Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau
mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pd 14 Februari 269
M.
Pendapat ke-3: Ia dirayakn sempena kejatuhan
k'jaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang
memainkan peranan penting dlm usaha menjatuhkan k'jaan Islam pd masa itu.
Disbbkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol &
dianggap pd hari itu hari kasih sayang krn mereka menganggap Islam adalah agama
yg zalim.
Pendapat ke-4: Sambutan hari Valentine ini
bersempena dgn sifat burung yg musim mengawan burung yg jatuh pd 14hb Februari.
Ini merupakan pendapat tradisi org Inggeris.
Kita dpt melihat dgn jelas bhw asal-usul sambutan Hari Valentine
ini tidak ada hubung-kaitnya dgn budaya serta agama bagi umat
Islam.
Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dlm al-Quran dan al-Sunnah serta
disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam
yg disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya
Aidilfitri & Aidiladha.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah
sedangkan penduduknya memiliki 2 hari raya. Pada kedua-duanya mereka
bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu
semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan
Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dgn menyambut hari2
perayaan yg diiktiraf oleh Allah & Rasul-Nya khusus utk umat Islam.
Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bg umat Islam,
pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dlm kalendar umat Islam seperti Maulid
al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan
lain-lain.
Namun demikian apa yg mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman
kini telah mula merayakan hari2 perayaan yg langsung tidak berkaitan dgn umat
Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada
perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan
juga Hari Valentine yg sedang kita perbincangkan ini.
Terdapat larangan drpd Baginda s.a.w. utk meniru budaya orang
bukan Islam & bagi mereka yg meniru budaya seperti ini ditakuti mereka
akn tergolong bersama dlm golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan
mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin
berkata: “Maka bila dlm merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud utk
mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bhw org itu telah
kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut2an
kpd org lain, maka org itu telah melaksanakan dosa
besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-71 yg bersidang pd 22-24 November 2005 memutuskan: “Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yg memusuhi Islam, akn sentiasa
berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dlm jiwa umat Islam supaya mereka jauh
dari jln yg lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad)
sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang
benar). (al-Baqarah: 120)
Rujukan: dari bicara agama utusan
malaysia.
Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?”
Ken Sweiger dalam artikel “Should Biblical Christians Observe It?”
(www.korrnet.org) mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti :
“Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”.
Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi
“to be my Valentine”, hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan
(karena memintanya menjadi “Sang Maha Kuasa”) dan menghidupkan budaya pemujaan
kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, yang artinya menyekutukan
Allah Subhannahu wa Ta’ala.
Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah
adalah putra Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia
rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! .
Layaknya seorang muslim segera bertaubat mengucap istighfar, “Astaghfirullah”,
wa naudzubillahi min dzalik. (Dari berbagai sumber).
p/s : kerna itu kita dilarang meraikan Valentine's Day kerana akan banyak2 bayi yg tidak berdosa akan dibuang selepas 9 bulan.....wallahualam
1 meluahkan rasa:
memang haramkan sambut valentine ni? dah keluar fatwa pun. satu waktu dulu, saya pun pernah jahil tentang hal ni. terikut2 budaya asing yg tak lain tak bukan nak merosakkan akidah kita.nasib baik cepat tersedar dah masa tu belum keluar fatwa lagi.
Catat Ulasan