IKLAN

9 Februari 2011

Lagi pasal makan !!!

Tak kesahlah kalau ada yg kata dah jemu nak tgk pasal makanan...itu jer yg aku tahu, nak citer pasal lain cam, ah! malaslah....so, nak tunjuk apa yg aku buat semalam...tetiap hari aku mesti singgah kat blog kak hana, tak pun cik mat gebu ataupun blog kak yati...saja cari ilham nak masak apa atau kuih2 yg simple...memanglah kat area rumah berlambak org jual kuih, tp saja nak rasa yg buat sendiri, kan org kata 'kalau nak tawan hati suami kenalah tawan perut dia dulu...' walaupun dia cuma makan seketul dua, tp sekurang2nya walaupun isteri dia kerja, dapur tetap berasap tau..bukan apa takutlah dgn pepatah ni 'org lelaki ni kalau lama tak makan masakan isteri nanti cepat jer hati tu berubah...'wallahualam.


Asam pedas Ikan Tenggiri
sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (kalau suka)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (kalau suka)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

Apam Adiwarna
sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir (ganti ngan gula kastor)
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sekejap supaya tahan lama)
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  • Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  • Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  • Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  • Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  • Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 meluahkan rasa:

sw33tdarling berkata...

best tuu asam pedas...! kalau dapat ikan pari lagi kaww kawwww

CheQ PP JoY berkata...

fy ada tag akak utk 1 contest ni..harap boleh join la ye..thnx..

http://www.cheqppjoy.com/2011/02/capture-moment-contest.html

IKLAN